VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 Ogos 2014 / 5 Syawal 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 25/12/2011

Tiz Zaqyah boikot penipu RM60,000

PELAKON Tiz Zaqyah kesal dengan sikap segelintir individu yang gemar mengambil kesempatan atas kepercayaan yang diberikan sehingga menyebabkan kesusahan kepada orang lain.

Biarpun perkara tersebut tidak bersangkut paut secara langsung dengannya, namun apa yang lebih mengecewakan andai nama Tiz diheret sama.

Terbaru, Tiz ditipu oleh seorang individu yang membabitkan sekumpulan 35 ahli Kelab Peminat Tiz Zaqyah (TZFC) yang merancang untuk melancong bersama ke Perth, Australia pada 21 Disember lalu.

Bagaimanapun, program Percutian Cik Qyah terpaksa dibatalkan pada saat-saat akhir apabila salah seorang daripada ahlinya itu menggelapkan wang peserta berjumlah lebih RM60,000.

Jumlah tersebut meliputi kos tiket penerbangan, penginapan, makan dan lain-lain keperluan sepanjang berada di sana apabila masing-masing perlu membayar antara RM1,700 hingga RM1,900.

“Memang kecewa tapi saya tak boleh buat apa-apa. Pihak TZFC dah pun buat laporan polis tentang individu berkenaan. Biarlah pihak berkuasa yang uruskan, kita tunggu saja,” ringkasnya enggan mengulas lanjut.

Lawatan dirancang secara terperinci sejak Mac lalu itu membawa semua ahli keluarga peminat Tiz yang berada di tanah air, Singapura dan Brunei ke negara kanggaru itu.

Tiz hanya dimaklumkan oleh bahagian pentadbiran TZFC bahawa lawatan tersebut tidak dapat diteruskan beberapa hari sebelum hari lawatan.

Adakah anak kelahiran Kuala Lumpur ini mengenali individu yang dikatakan perunding percutian kelab peminatnya itu?

“Dia ahli TZFC tapi saya tak kenal dia. Tapi saya risau kalau ‘dia’ buat hal dengan kelab peminat artis lain pula,” ringkasnya lagi.

Manipulasi gambar

Selain dari sifat keji itu, pemain utama filem Cinta Kura-Kura terbitan KRU Studios ini turut bimbang andai ada pihak yang membuat tanggapan negatif menerusi kenyataan yang dibuat olehnya selama ini.

“Saya tak nak cakap panjang-panjang sebab bimbang ada yang anggap saya pandai gebang saja. Sedangkan, saya kosong, tak tahu apa-apa.

“Jadi lebih baik kurangkan bercakap dan tumpu pada kerja kita. Dapat kurangkan sedikit bahan orang nak mengata kita,” jelasnya.

Adakah Tiz merujuk kenyataan tersebut apabila terjadi sebahagian daripada gambar peribadi miliknya di Facebook dicedok pemilik blog hiburan yang kemudian dipaparkan?

“Sepatutnya perlu ada kebenaran kalau nak ambil barang orang bukan? Memang saya marah pada mulanya tapi saya tegur cara toleransi dengan pihak tertentu supaya jangan buat perkara sama pada masa depan.

“Ada orang marah mencarut-carut, tapi saya bukan jenis melulu tak tentu pasal. Dalam hal ini, lebih manis kalau kita bercakap cara berhemah supaya masalah boleh selesai,” jelasnya.

Pelakon drama Soffiya di TV3 ini menegaskan bahawa perbuatan mencedok itu perlu dihentikan kerana kadangkala memberi impak kurang baik buat figura awam tertentu andai wujud aksi yang boleh mengundang cacian.

“Saya tak kisah kalau nak simpan gambar itu tapi saya tak tahan komen-komen daripada orang yang lihat gambar saya itu, macam-macam dan menyakitkan hati.

“Lepas itu, terus jadi bahan gosip dan tersebar sampai menimbulkan kontroversi. Pandangan sebegitu yang buat saya rimas dan nak elakkan,” harapannya di hujung perbualan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:22
Asar 4:43
Maghrib 7:30
Isyak 8:42

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.