VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 Ogos 2014 / 5 Syawal 1435  
  Carian Arkib
SUKAN LUAR NEGARA

ARKIB : 21/12/2011

Neymar sensasi YouTube 2011

PARIS - Tahun 2011 menyaksikan kelahiran bintang bola sepak global yang baru apabila Neymar menjadi inspirasi Santos menjulang trofi Copa Libertadores selepas kali terakhir pada 1963.

Dia turut menjadi ancaman pemain Eropah untuk anugerah Pemain Terbaik Dunia FIFA.

Sudah pun menjadi sensasi di laman YouTube kerana gaya rambut mohawk serta kawalan bola yang mengkagumkan, Neymar mengesahkan reputasinya apabila mengemudi bekas kelab Pele kembali ke puncak saingan bola sepak Amerika Selatan.

Dia menjaringkan gol pembukaan ketika mengalahkan gergasi Uruguat Penarol 2-1 pada perlawanan akhir timbal balik Copa Libertadores sebelum mencuri tumpuan pada aksi tersebut.

Dia juga muncul penjaring terbanyak ketika Brazil memenangi kejohanan Bawah-20 Amerika Selatan.

Dia gagal mengulangi kejayaan bersama skuad senior pada Copa Amerika, namun pemain berusia 19 tahun itu menjadi pemain tunggal luar Eropah yang dicalonkan dalam senarai pendek 23 pemain untuk anugerah FIFA Ballon d'Or.

Prestasi bersama kelab dan skuad kebangsaan menyebabkan dia dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid pada November lalu namun dia komited bersama Santos sehingga Piala Dunia 2014, di mana dia disandarkan harapan untuk negara tuan rumah.

Salah satu foto paling popular tahun ini ialah gambar Pele mendakap Neymar selepas final Copa Libertadores di tengah padang Stadium Pacaembu di Sao Paulo.

Malah legenda bola sepak Brazil itu mengumumkan Neymar pemain yang 'lebih lengkap' berbanding pemain Barcelona, Lionel Messi.

Namun Neymar tenggelam pada perlawanan akhir Piala Kelab Dunia Ahad lalu apabila Messi meledak dua gol ketika Barca menang 4-0.

Isu di luar padang dalam bola sepak 2011 turut hangat dengan tahun ini disifatkan 'tahun kelam' dalam badan induk bola sepak dunia FIFA selepas skandal rasuah yang menyaksikan beberapa nama besar diheret ke pengadilan.

Sepp Blatter memenangi penggal keempat sebagai Presiden pada Jun namun satu-satunya pencabar beliau, Mohamed bin Hammam, tidak dapat bertanding untuk jawatan tersebut ekoran tuduhan rasuah dan bakal digantung seumur hidup.

Tahun ini juga menyaksikan kematian beberapa nama besar dalam dunia bola sepak antaranya bekas bintang Hungary, Florian Albert dan Socrates, ketua pasukan Brazil pada Piala Dunia 1982.

Selain itu sukan dunia turut dikejutkan dengan kematian mengejut jurulatih kebangsaan Wales, Gary Speed dipercayai membunuh diri. - AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:22
Asar 4:43
Maghrib 7:30
Isyak 8:42

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.