ARKIB : 19/12/2011
Separuh akhir pertama Piala Emas Raja-Raja batal mengejut
ALOR SETAR - Lebih 1,000 penyokong Kedah tidak puas hati apabila perlawanan separuh akhir pertama Piala Emas Raja-Raja 2011 antara Kedah dan Melaka di Stadium Darul Aman malam semalam dibatalkan pada saat-saat akhir oleh Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBSMM).
Perlawanan tersebut dibatalkan setelah PBSM Pulau Pinang (PBSMPP) membuat bantahan kepada PBSM Kedah (PBSMK) yang mendakwa pemain pasukan tersebut, Azrizan Ahmad (yang sebelum ini mewakili pasukan SDM Kepala Batas di dalam saingan Piala Presiden 2011) digantung oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akibat tuduhan rasuah.
Salah seorang penonton, Rashdi Muktar, 40, berkata dia agak kecewa dengan keputusan yang dibuat oleh PBSMM pada saat-saat akhir, yang mana menyusahkan penonton yang sanggup datang ke stadium bagi menyaksikan perlawanan itu. - BERNAMA
"Kenapa PBSMM perlu mengambil masa yang terlalu panjang untuk buat keputusan sedangkan mereka ada tempoh seminggu untuk mengkaji rayuan yang dibuat oleh Pulau Pinang sebelum perlawanan antara Kedah dan Melaka berlangsung," katanya ketika ditemui di Stadium Darul Aman.
Mohd. Soffe Elias, 38, berkata dia yang datang jauh dari Kulim terkilan setelah mengetahui perlawanan itu dibatalkan dan hasratnya yang mahu melihat aksi pasukan Kedah tidak kesampaian.
"Lain kali jangan buat macam ini lagi kepada peminat. PBSMM perlu jaga hati peminat yang sanggup datang dari jauh semata-mata mahu memberi sokongan kepada pasukan mereka dan juga bola sepak Malaysia," kataya.
Tinjauan mendapati lebih 1,000 penyokong setia Kedah berhimpun di perkarangan Stadium Darul Aman sejak pukul 6 petang lagi bagi mengetahui situasi sebenar pembatalan perlawanan tersebut dan bersurai kira-kira pukul 9 malam setelah diberi penerangan terperinci oleh pengurus pasukan Kedah.
Sementara itu, Pengurus Pasukan Kedah Muhamad Shakri Mat berkata, beliau bagi pihak PBSMK memohon maaf kepada semua penyokong setia pasukan tersebut yang hadir disebabkan pembatalan perlawanan di saat-saat akhir.
Katanya, beliau tidak menyangka keputusan PBSMM memihak kepada Pulau Pinang yang mana perlawanan semula antara pasukan itu dan Kedah akan diadakan pada Selasa ini di Stadium Banda Raya Pulau Pinang.
"Kita kenakan syarat kepada PBSMPP yang mana segala perbelanjaan pasukan Kedah ke Pulau Pinang akan ditanggung mereka dan sekiranya mereka tidak boleh tunaikan mereka boleh tidak meneruskan pertandingan itu," katanya.
Ditanya mengenai alasan PBSMM menunda perlawanan, Shakri berkata beliau melihat PBSMM bersifat untuk menjaga hati dan perasaan antara kedua-dua pihak sedangkan keputusan jawatankuasa yang bersidang pada 13 Disember lalu memihak kepada Kedah.
Katanya, pada masa sama PBSMM juga menerima bantahan kedua PBSMPP dan mesyuarat tergempar pada hari perlawanan memutuskan untuk mengadakan perlawanan semula dan PBSMM turut menolak rayuan PBSMPP untuk diberikan kemenangan percuma. - BERNAMA
Keyakinan menjunam, Boon Heong rela digugur
Malang timpa Zulfahmi di Le Mans
Tanpa Lin Dan, tiada masalah!
KLHC terlalu kebal buat TNB
Sentuhan Ridzuan bawa tuah
Hodak kecewa prestasi Kelantan
Azlan, Zamri cemerlang di Sentul
Piala Sudirman: Taiwan aibkan Malaysia di Bukit Jalil
Zulfahmi gagal tambah mata, terjatuh di Le Mans
Keputusan badminton Piala Sudirman 2013
Liga Super: Ditewaskan NS, ATM gagal pintas Lions XII
N. Sembilan kejutkan ATM
Khairy janji perangi bookie
Pandelela-Mun Yee sambar pingat perak lagi
Hoyer Presiden baharu BWF
Malaysia perlu elak diaibkan Taiwan
Zulfahmi petak ke-15 di Le Mans
Tugas berat menanti Khairy
KOM mahu jumpa menteri
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










