VERSI : Mobile | Akhbar Digital
31 Julai 2014 / 4 Syawal 1435  
  Carian Arkib
KELUARGA

ARKIB : 17/12/2011

Hasil seni bahan terbuang


Walaupun arca ini dihasilkan menggunakan bahan terbuang, namun ia berkualiti dan cantik untuk dijadikan perhiasan.


Bayangkan apa yang bakal berlaku jika jumlah itu meningkat sehingga 30,000 tan sehari menjelang 2020?

Biarpun tahap kesedaran terhadap kitar semula masih di tahap sama, namun ada segelintir individu mengubah bahan terbuang menjadi bahan berguna.

Bagi Sun Kang Jye, 33, bahan terbuang atau sampah boleh dijadikan sumber rezeki yang menguntungkan jika kena caranya.

Di mata orang lain, mungkin ia kotor dan menjijikkan tatkala melihat pemuda ini mengutip kayu dan bahan terbuang.

Tetapi persepsi tersebut pasti bertukar selepas melihat hasil karya beliau yang menggunakan bahan-bahan tersebut.

Ketika ditemui di Wisma Kebudayaan Soka Gakkai Malaysia (SGM), Kang Jye berkata, bahan terbuang sebenarnya mempunyai nilai tersendiri.

Anak kelahiran Merlimau, Melaka itu berkata, setiap bahan terbuang seperti potongan kayu boleh dijadikan arca-arca yang menarik.

"Hobi mengukir arca ini bermula sejak kecil lagi. Kalau dulu saya selalu hasilkan arca mainan seperti pistol, pedang dan sumpit yang diperbuat menggunakan bahan terbuang.

"Tetapi selepas berpindah ke Kuala Lumpur, saya tengok banyak pokok yang ditebang tetapi kayu-kayu tersebut hanya ditinggalkan begitu sahaja.

"Ada yang ditinggalkan sehingga bertahun-tahun lamanya, maka dari situ idea untuk mengutip potongan kayu datang dengan sendiri," kata salah seorang dari lima pemenang Malaysian Emerging Artist Award (MEAA) 2011 anjuran Galeri House of Matahati dan Galeri Chandan itu.

Menurutnya, jika digunakan dengan cara yang betul maka kayu-kayu reput yang ditinggalkan di tepi jalan boleh diperbaharui. Malah jika anda berbakat maka pelbagai hiasan rumah boleh dihasilkan dengan daya kreativiti tersendiri.

"Saya mengambil masa selama 10 tahun untuk memahirkan diri dengan kaedah-kaedah ukiran yang digunakan.

"Karya menggunakan arca kayu merupakan medium kegemaran saya kerana kayu merupakan benda yang bernyawa.

"Malah warnanya juga seolah-olah seperti warna kulit manusia," jelasnya yang turut gembira apabila tiga karya arcanya bertajuk Leader of Portrait, Minister dan Plus & Minus dipilih sebagai antara pemenang berbakat.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:22
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.