VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 Ogos 2014 / 27 Syawal 1435  
  Carian Arkib
KELUARGA

ARKIB : 16/12/2011

Tip mengurus peti sejuk

PETI sejuk, terutama sekali dalam rumah keluarga-keluarga yang aktif, mungkin sukar untuk diselenggara dan seringkali juga berlaku makanan yang disimpan menjadi rosak.

Ada antara kita yang tidak mengendahkan bagaimana kita dapat mengelolakan peti ais supaya makanan dan bahan-bahan yang dalamnya lebih tersusun.

Mengelolakan sebuah peti ais bererti lebih daripada hanya mengetahui di mana semuanya terletak.

Ia membabitkan memaksimumkan ruang dan memanjangkan jangka hayat simpanan barang-barang simpanan dalam peti sejuk.

Maka, adalah penting mengekalkan sebuah peti ais dalam satu keadaan yang terancang. Bukan apa kita tidak mahu peti ais yang tidak diselenggara dengan betul akan merosakkan makanan dan bahan mentah yang kita simpan di dalamnya dan dengan itu dapat jugalah kita elakkan pembaziran wang dalam jangka masa panjang.

Lagi satu jika kita menguruskan dengan tata cara yang betul atau kaedah penyimpanan yang betul dalam peti ais maka makanan yang disimpan lebih selamat dimakan.

Tip-tip berikut mungkin akan membantu menjadikan peti sejuk anda dalam keadaan yang lebih baik dan tersusun.

Pertama sekali, keluarkan semua barang di dalam peti sejuk sebelum anda memulakan urusan untuk mengemas peti sejuk anda.

Langkah ini membolehkan anda melihat keseluruhan bahagian di dalam peti sejuk anda dan memudahkan anda untuk membersihkan kawasan yang kotor.

Kemudian sisihkan barang-barang mengikut keperluan sahaja dan buang semua bahan yang tidak diperlukan dari peti sejuk.

Selepas anda membersihkan peti sejuk anda, langkah seterusnya adalah anda perlu asingkan semuanya kepada kumpulan makanan, seperti makanan yang diproses, daging-daging dan produk tenusu.

Untuk makanan yang tidak mempunyai bekas atau kontenanya sendiri anda perlu meletakkannya dalam bekasnya sendiri dalam kontena yang jelas supaya anda mudah untuk melihat apa kandungannya ketika anda mencari bahan itu didalam peti sejuk.

Bahan yang telah tamat tempoh dan telah menjadi rosak perlulah dibuang supaya ia tidak menyempitkan ruang penyimpanan peti sejuk.

Kita seringkali menyimpan makanan yang tidak habis dimakan di dalam peti sejuk maklumlah hendak dibuang pasti akan rasa membazir bukan?

Oleh itu, buang mana-mana barangan makanan yang anda tahu anda tidak akan makan sebelum ia menjadi rosak.

Misalnya, spageti lama yang telah dua minggu anda simpan adalah tidak lagi segar untuk dimakan semula ketika ini.

Ruang-ruang tempat simpanan peti sejuk telah direka untuk makanan tertentu, seperti sayuran di bahagian laci bawah dan daging pula di bahagian simpanan beku.

Simpan makanan yang mudah layu seperti sayur-sayuran di para yang bersuhu sejuk-dingin supaya ia dapat memanjangkan kesegarannya. Suhu dingin yang akan memanjangkan hayat simpanan.

Jadi simpan makanan menurut kesesuaiannya di tempat yang telah dikhaskan.

Saya mencadangkan anda untuk membaca manual peti sejuk anda supaya anda dapat laraskan suhu dan menyediakan suhu dengan betul.

Jangan campur adukkan makanan yang mentah dengan makanan yang telah dimasak kerana dikhuatiri berlaku pencemaran silang iaitu boleh membuatkan bakteria daripada bahan mentah tercemar ke dalam makanan yang telah dimasak.

Tip yang paling penting adalah jangan anda menyusun barang terlalu padat kerana ini akan menyekat pengaliran udara sejuk dalam peti sejuk anda dan ini akan membuatkan makanan cepat rosak.

Pada minggu ini saya kongsikan resipi menggunakan bahan-bahan yang mungkin ada anda simpan di dalam peti sejuk. Jadi keluarkannya dan cubalah salad ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:19
Asar 4:32
Maghrib 7:24
Isyak 8:35

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.