VERSI : Mobile | Akhbar Digital
21 Ogos 2014 / 25 Syawal 1435  
  Carian Arkib
RENCANA

ARKIB : 16/12/2011

BR1M disabotaj dan Hasan Ali masuk UMNO?

BENARKAH Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 akan disabotaj oleh pihak pembangkang dan apakah usaha "penyingkiran" Datuk Dr. Hasan Ali sebagai calon Pas pada Pilihan Raya Umum akan datang membawa beliau menyertai UMNO?

Blog MyKMU (www.mykmu.net) mendakwa pihak pembangkang akan mensabotaj BR1M dengan meletakkan lebih 50 orang dari kalangan mereka untuk "menghuru-harakan" proses pengagihan bantuan kerajaan itu.

Katanya, setiap di antara mereka hadir dengan membawa pelbagai masalah teknikal yang boleh mengundang kontroversi seperti perbezaan gaji asas dan gaji kasar dan lain-lain.

"Pembangkang sasar, daripada kalangan 50 orang ini akan timbul masalah sebab latar belakang mereka masing-masing yang tak cukup syarat tapi masih mohon BR1M.

"Sebaik saja permohonan dari mana-mana 50 orang ini dilulus atau ditolak, jentera dan media pembangkang akan habis-habisan mainkan isu ini," katanya.

Hambali Abdul Latiff (hambali1.blogspot.com) pula berkata, pihak pembangkang jelas terdesak sehingga sanggup mengarahkan ahli-ahli parti mereka mendermakan RM100 daripada wang RM500 yang diterima menerusi BR1M.

Katanya, di sebalik dakwaan bahawa BR1M adalah umpan pilihan raya BN, tetapi pada masa yang sama mereka juga mengharapkan sebahagian daripada wang tersebut untuk membiayai perjalanan parti mereka.

"Amat jelas, parti politik seperti ini sanggup menangguk di air keruh dan mempergunakan rakyat yang kurang bernasib baik untuk memenuhi cita-cita mereka ke Putrajaya.

"Bayangkanlah kalau penerima hanya satu juta, katakan 30 peratus penyokong pembangkang - dan mereka bersetuju menderma, pembangkang akan dapat kutip wang percuma daripada BN dan UMNO sebanyak RM30 juta," katanya..

Justeru beliau berharap penerima BR1M tidak terpengaruh dengan seruan tersebut dan mereka perlu amanah dan tidak mengkhianati diri sendiri serta keluarga mereka.

Mengenai Hasan Ali, Al-Azharri Siddiq (jentayuabaka.blogspot.com) berkata, sudah tiba masanya beliau segera kembali semula ke perjuangan asalnya iaitu untuk mempertahankan Islam, orang Melayu dan raja-raja Melayu seperti mana yang selalu dijunjung ketika menjadi Timbalan Ketua Pengarah Biro Tatanegara (BTN) dahulu.

Katanya, Hasan sudah sedaya upaya untuk menyatukan Pas dan UMNO dengan bantuan kumpulan ulama yang diwakili oleh Nasharudin Mohd. Isa dan walaupun tidak berjaya tetapi ia telah menunjukkan jalannya.

"Jika Dr. Hasan belum bersedia sertai UMNO, beliau boleh sertai kerajaan BN. Tiada Masalah. Perjuangan masih boleh diteruskan. Semua bekas (pegawai) BTN tidak akan lupa istilah perjuangan walaupun sudah lama meninggalkan perjuangan, seperti Dr. Hasan masih tebal lipatan dan semangat perjuangan, kecuali mereka yang dot... dot... dot...," katanya.

Blog Selangor Daily (www.selangordaily.com) pula menganggap usaha menyingkirkan terus Dr. Hasan sebagai langkah untuk menghalang penyatuan umat Islam dan orang Melayu kerana sedar jika ini berlaku, maka berakhirlah perjuangan mereka untuk menduduki Putrajaya.

Katanya, saingan beliau sedar bahawa kekuatan akar umbi Pas di negeri itu adalah kerana Dr. Hasan selaku Pesuruhjaya Pas negeri selama lapan tahun sehinggalah muncul kumpulan-kumpulan "pendatang".

"Pembunuhan kerjaya politik Dr. Hasan oleh orang dalam Pas bukanlah baru bermula, malah telah berlarutan sekian lamanya. Pasti beliau tahu akan perkara itu.

"Kini, "the destructive duo" berpadu tenaga, untuk terus menisankan perjuangan Hasan Ali bersama Pas dan jarum-jarum berbisa telah lama dicucukkan ke dalam nadi ahli Pas Selangor, agar menolak Hasan Ali dan wajar diletakkan sebagai sekelumit sejarah dalam perjalanan politik Pas di Selangor," katanya.

Blog Panglima Perang Cyber (penembak-tepat.blogspot.com) pula mempersoalkan kenapa golongan pro-al-Quran untuk memupuk perpaduan di antara UMNO dan Pas cuba disingkirkan.

"Mereka cuba langkah demi langkah menghapuskan puak sokong perpaduan terutama dalam Pas seperti Dr. Hasan Ali dan terbaru Nasaruddin Tantawi.

"Tindakan ini jelas membuktikan perpaduan adalah senjata utama menguatkan umat Melayu kerana ia jelas ditentang habis-habisan oleh semua golongan yang telah "diberi makan" oleh DAP dan PKR dalam Pas," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:19
Asar 4:33
Maghrib 7:25
Isyak 8:35

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.