ARKIB : 15/12/2011
Kerajaan negeri hutang Pusat RM82.530 bilion sejak 2006
KUALA LUMPUR 15 Dis. - Persidangan Dewan Negara hari ini diberitahu jumlah hutang kerajaan negeri kepada kerajaan persekutuan yang tertunggak sejak 2006 hingga tahun lepas ialah sebanyak RM82.530 bilion.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, hutang itu adalah pinjaman yang disalur kepada kerajaan negeri bagi membiayai projek pembangunan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat.
Antara projek terbabit ialah projek bekalan air, perumahan awam kos rendah, projek pembetungan dan penyediaan tapak infrastruktur industri, katanya menjawab soalan Senator Dr. S. Ramakrishnan, di sini.
Awang Adek berkata, antara langkah yang diambil kerajaan Pusat untuk mengutip semula hutang itu ialah dengan mengeluarkan notis bayaran balik kepada kerajaan negeri sebanyak dua kali, iaitu dalam tempoh enam bulan sebelum tarikh matang pembayaran dan seterusnya notis kedua bagi tempoh dua bulan sebelum tarikh matang. - BERNAMA
Isu YDP MAINPP: UMNO Pulau Pinang kesal
Bekas Speaker DUN Perlis meninggal dunia
ASEAN digesa tingkat usaha hapus keganasan
Naza lancar ruang pameran Ducati terbesar di Asia
Tambang haji kekal RM9,980, quota 28,000
Pemuda UMNO bantu lunas cukai rumah P. Ramlee
Najib umum 42 peluang perniagaan inovatif
Kes Anwar saman Chandra dibicarakan 10 Sept.
Penyenaraian Felda Global Ventures diluluskan
Polis tumpaskan sindiket penipuan Macau Scam
Rakyat Malaysia seludup ubat batuk dihukum penjara
PTPTN: Jangan jadi kuda tunggangan pembangkang
Liga Juara-juara: Chelsea tundukkan Barcelona 1-0
Suu Kyi rancang kunjung Britain, Norway pada Jun
Buru gajah di Afrika: Raja Sepanyol mohon maaf
Kes amukan di Oslo: Suspek tak takut dihukum
Misi NATO di Afghanistan kekal hingga 2014
Penularan H5N1: China musnah 95,000 ekor ayam
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









