VERSI : Mobile | Akhbar Digital
25 Julai 2014 / 27 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
SAINS & TEKNOLOGI

ARKIB : 12/12/2011

Kelab robotik pupuk minat pelajar


Sebahagian peserta Pertandingan Robothon Muda Kebangsaan Ke-6 yang diadakan di Georgetown, Pulau Pinang baru-baru ini.


Robotik kini merupakan bidang yang semakin memainkan peranan penting terutama dalam industri teknologi tinggi.

Justeru, menguasai bidang tersebut bukan sahaja satu keperluan, tetapi kemestian dalam konteks membangunkan industri masa hadapan.

Penggunaan robot dalam industri bukan satu yang asing sejak beberapa dekad lepas tetapi bentuknya adalah pelbagai mengikut keperluan dan berinspirasikan objek atau haiwan.

Ramai hanya memahami dan bersetuju bahawa robot ialah jentera yang dicipta berupa manusia selengkapnya (humanoid) atau seperti haiwan robot.

Namun, robot yang digunakan dikilang kilang biasanya hanya seperti lengan yang bekerja memasang komponen komponen kenderaan atau peranti yang memerlukan pengeluaran besar-besaran.

Demikian istilah robot muncul daripada perkataan 'robota' atau pekerja.

Menyedari kepentingan dan peranan robot yang mampu mengubah wajah 'industri' dan mengambil alih tugas manusia ketika ini, generasi muda kini semakin menyedari robot kini adalah rakan mereka.

Maka, apabila Kementerian Pelajaran mengambil keputusan memperkenalkan bidang robotik menerusi usaha-usaha penerapan dan pemupukan dengan mewujudkan kelab robotik, ia dilihat satu langkah yang selari dengan keperluan semasa.

Kementerian Pendidikan baru-baru ini merancang untuk memperluaskan kelab robotik di seluruh negara pada tahun depan bagi melahirkan lebih ramai pelajar yang kompeten dalam bidang sains dan teknologi.

Usaha itu dilihat sebagai satu transformasi besar-besar yang dilaksanakan dalam pendidikan di negara bertujuan membolehkan pelajar mempunyai daya saing dalam sains dan teknologi.

Menurut Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi, perlaksanaan usaha tersebut penting kerana ia memberikan peluang kepada pelajar terlibat dalam kerja-kerja sains dan teknologi bagi memupuk minat mereka sejak kecil lagi.

Jelasnya, kelab robotik sebenarnya memainkan peranan penting kerana ia dapat merangsangkan kreativiti pelajar dalam bidang sains dan teknologi terkini.

"Pelajar Malaysia sebenarnya adalah sangat kreatif dan berpotensi apabila membuat satu robotik, maka, kini adalah masanya untuk mencungkil bakat mereka.

"Kelab juga selaras dengan transformasi pendidikan iaitu memberi tumpuan terhadap pembangunan modal insan dan tidak lagi berasaskan kepada peperiksaan semata-mata," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas penutupan dan penyampaian hadiah Pertandingan Robothon Muda Kebangsaan Ke-6 di Georgetown baru-baru ini.

Tambahnya, kelab robotik itu juga membolehkan pelajar mempunyai kemahiran melalui kerja-kerja membuat robot, sekali gus membolehkan mereka memahami pengetahuan sains dan teknologi dengan lebih jelas dan mendalam.

Lantaran itu, pelajar bukan lagi mendapat ilmu pengetahuan daripada buku sahaja, namun memperolehinya daripada kerja-kerja yang dibuat dalam kelab itu.

Oleh itu, usaha sedemikian membolehkan mereka mendapat pengalaman yang berharga dan lebih-lebih lagi berpeluang menggunakan pengetahuan yang ada apabila membuat robot.

Bagaimanapun, Mohd. Puad berkata, dalam peringkat awal usaha memperluaskan kelab robotik adalah sangat mencabar kerana ia melibatkan peruntukan yang agak besar.

Katanya, kerajaan kini membantu menubuhkan kelab robotik di 500 daripada 10,000 sekolah rendah dan menengah di seluruh negara, namun, jumlah itu adalah sangat rendah.

Beliau berkata, ini kerana kos untuk menubuhkan satu kelab robotik agak tinggi, lantaran itu, ia tidak sepatutnya bergantung dengan peruntukan kementerian, manakala, pihak sekolah termasuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di negara ini masing-masing perlu bekerjasama untuk menjayakan matlamat ini demi kepentingan generasi baru.

Kos tinggi tubuh kelab robotik

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Eduspec Holdings Bhd., Lim Een Hong berkata, kos untuk menubuhkan kelab robotik bukan murah dan ia memerlukan sekurang-kurangnya RM30,000.

"Ini kerana, kelab ini memerlukan kira-kira 10 set Lego Robotik di mana satu set berharga antara RM2,500 hingga RM3,000. Selain itu, 10 komputer riba juga diperlukan bagi membolehkan 30 pelajar dapat belajar bersama-sama.

"Ini adalah keperluan asas sahaja, oleh itu, pembelanjaan akan bertambah apabila set lego lebih maju diperlukan," katanya.

Dalam perkembangan sama, Een Hong juga memberitahu bahawa banyak langkah perlu diambil sebelum menjayakan usaha memperluaskan kelab robotik di semua sekolah .

Ini kerana, setakat ini bukan setiap sekolah mempunyai guru-guru yang berpengalaman untuk mengajar bidang robotik.

"Kita kini masih berkurangan guru berpengalaman, lantaran itu, latihan atau kursus perlu diberikan kepada guru-guru mengenai robotik di dalam maktab perguruan terlebih dahulu," katanya.

Lantaran itu, katanya, usaha ini perlu kerjasama antara kerajaan dan pihak swasta supaya kelab robotik dapat ditubuhkan di setiap sekolah di negara kerana ia merupakan satu kokurikulum yang penting untuk membangunkan minda pelajar.

"Kelab robotik ini perlu diusaha dan diperluaskan kerana pelajar Malaysia memang berpotensi dan telah memenangi beberapa pertandingan antarabangsa sebelum ini.

"Oleh itu, biarlah kerajaan dan pihak swasta bersama-sama menjayakan kelab robotik bagi membawa robotik pelajar kita ke peringkat dunia," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.