VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 April 2014 / 23 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
TERKINI

ARKIB : 11/12/2011

Mangsa banjir di Kuantan meningkat

11/12/2011 5:46pm

KUANTAN 11 Dis. - Jumlah mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan di daerah ini meningkat kepada 77 orang setakat pukul 5 petang ini.

Jurucakap Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata peningkatan itu susulan pemindahan mangsa banjir terbaru seramai 13 orang di Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Besar, kira-kira 4 petang tadi.

Selain itu, masih ada 19 mangsa banjir di Dewan Orang Ramai Indera Mahkota dan 45 orang di Tadika Perpaduan Cenderawasih, katanya kepada Bernama, di sini.

Penduduk di daerah ini juga diminta berjaga-jaga kerana hujan masih berterusan.

"Paras sungai utama di Pahang iaitu Sungai Pahang dan Sungai Kuantan masih berada pada paras berjaga-jaga, katanya.

Tiada kejadian banjir di daerah lain di Pahang dilaporkan setakat ini, katanya.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.