VERSI : Mobile | Akhbar Digital
22 September 2014 / 27 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
KELUARGA

ARKIB : 10/12/2011

Kemeriahan Gerbang Malam Ipoh


PINTU masuk Gerbang Malam di Ipoh,Perak.


JIKA anda singgah di bandar raya Ipoh, Perak, kunjungan anda tidak akan bermakna jika tidak mengunjungi Gerbang Malam di Jalan Tahwil Azhar.

Ia adalah satu-satunya kawasan yang menghidupkan keceriaan suasana malam di bandar raya ini sejak diwujudkan pada 2003.

Ini kerana aktiviti larut malam di sini begitu meriah dan mendapat sambutan terutama pada hujung minggu.

Terdapat lebih 130 buah gerai dibuka dari pukul 7 malam hingga pukul 2 pagi.

Konsep perniagaan terbuka di sini berjaya menarik perhatian pengunjung untuk membeli-belah pada waktu malam setelah sibuk bekerja di pejabat pada waktu siang.

Gerbang malam yang mempunyai slogan ‘Singgah le...macam-macam ada’ menawarkan pelbagai barangan jualan pada harga murah dan berpatutan.

Antara barangan yang dijual adalah kasut, baju, beg, aksesori telefon, tali pinggang, seluar dan sebagainya.

Selepas membeli-belah di sini, pengunjung boleh menikmati makanan dan minuman di beberapa restoran dan gerai berhampiran yang menjadi tumpuan pengunjung.

Gerbang malam juga boleh menjadi salah satu tempat untuk dikunjungi pelancong asing yang singgah bercuti di negeri ini.

Pengerusi Persatuan Kebajikan Usahawan Gerbang Malam, Ahmad Irwan Othman, 32, berkata, usaha meningkatkan kemudahan di sini perlu kerana ia boleh menjadi salah satu ikon tarikan pelancongan negeri ini.

Ini kerana katanya, kawasan ini menjadi tumpuan pengunjung dan pelancong yang mahu membeli-belah pada waktu malam.

“Barangan yang dijual di sini lebih murah berbanding dengan barangan yang dijual di pusat membeli-belah di negeri ini.

“Gerbang Malam yang diwujudkan sejak 2003 merupakan kawasan yang mudah dikunjungi kerana terletak di tengah-tengah bandar raya Ipoh,” katanya ketika ditemui S2.

Ahmad Irwan berkata, terdapat lebih 130 daripada 160 lot perniagaan yang menjalankan perniagaan di sini.

Menurutnya, pelbagai jenis barangan boleh dijual di sini tetapi perniagaan makanan tidak dibenarkan.

Sehubungan itu, pihaknya mencadangkan perniagaan barang-barang kering ditempatkan di sini.

Selain itu, Ahmad Irwan berkata, nilai tambah gerbang malam juga boleh ditingkatkan dengan memasang lampu di papan tanda Gerbang Malam bagi menghidupkan suasana malam di bandar raya ini.

Peniaga, Hisyam Sayah, 31, berkata, gerbang malam boleh diceriakan dengan mengadakan pelbagai program yang boleh menarik pengunjung.

Antara program tersebut adalah pertandingan karaoke dan auto show yang boleh menghidupkan lagi suasana malam di bandar raya ini.

“Pengunjung tidak ada tempat lain seperti gerbang malam yang boleh dikunjungi pada setiap malam dan sambutan penduduk menggalakkan terutama pada malam Jumaat, Sabtu dan Ahad.

“Setiap musim perayaan, gerbang malam menjadi tumpuan pengguna untuk membeli barang keperluan yang boleh didapati pada harga berpatutan,” katanya.

Pengunjung, Erma Harun, 29, berkata, istimewanya gerbang malam adalah macam-macam barang boleh didapati di situ.

“Selain harga murah, barangan di sini boleh dibeli pada harga berpatutan,” katanya.

Beliau berkata, tempat letak kenderaan yang disediakan turut mencuri tumpuan pengunjung.

Bagi Amirul Azuan, 23, kawasan ini menjadi tarikan kerana barangan yang dijual berkualiti dan mudah didapati.

“Saya sentiasa mengunjungi kawasan ini kerana apa sahaja barangan senang diperolehi pada harga yang tidak membebankan pengguna,” katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.