VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 April 2014 / 24 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 10/12/2011

Solat sunat gerhana bulan malam ini

KUALA LUMPUR 9 Dis. - Umat Islam digalak menunaikan solat sunat khusuf (solat sunat gerhana bulan) yang dijangka berlaku esok bermula fasa pertama pada pukul 7.35 malam dan berakhir pukul 1.29 pagi.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha, Masjid Negara, Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Masjid Putra di Putrajaya akan menganjurkan solat sunat tersebut pukul 9 malam selepas solat isyak.

"Kariah masjid dan surau di seluruh negara perlu mengambil kesempatan ini untuk meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah dengan mengadakan solat sunat beserta khutbah gerhana," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mustapha, aktiviti cerapan juga akan diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dengan kerjasama agensi lain seperti Jabatan Ukur dan Pemetaan.

Orang ramai terutama penduduk di sekitar Putrajaya dijemput untuk menyaksikan fenomena alam semula jadi itu dan menunaikan solat sunat gerhana bulan yang diadakan di masjid-masjid berkenaan.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.