ARKIB : 10/12/2011
Isu FGVH: Peneroka Felda dinasihatkan abai surat layang
MELAKA 10 Dis. – Peneroka Felda dinasihatkan agar mengabaikan surat layang daripada pihak tertentu yang mendakwa mereka akan kehilangan aset dan insentif yang diterima ketika ini, apabila Felda Global Ventures Holdings (FGVH) disenaraikan di Bursa Malaysia tahun depan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, usaha kerajaan untuk menyenaraikan FGVH di pasaran utama Bursa Malaysia itu merupakan transformasi fasa keempat Felda yang menguntungkan golongan peneroka dan generasinya.
"Ini adalah kerja jahat pihak pembangkang berhubung surat layang ini, Felda tak akan buat sesuatu yang negatif, merosakkan serta merugikan peneroka dan generasinya,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Beliau yang ditemui selepas memberi taklimat isu semasa kepada 260 peserta Felda dari kawasan Parlimen Sembrong, berkata, penyenaraian itu juga bukan saja memberi rahmat kepada peneroka, tetapi seluruh rakyat negara ini.
"Ada empat fasa transformasi Felda, iaitu daripada hutan kita jadikan ladang, kedua daripada hutan ke perkampungan tersusun dan terancang, dan transformasi ketiga ialah daripada hanya berniaga dalam negara kepada meluaskan perusahaan ke luar negara,” katanya.
Kini kata beliau, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu melaksanakan transformasi fasa keempat, iaitu Felda berkembang menggunakan kaedah penyenaraian menjadikannya sebagai ”blue chips” perladangan antara yang terhebat di dunia. – Bernama
Isu YDP MAINPP: UMNO Pulau Pinang kesal
Bekas Speaker DUN Perlis meninggal dunia
ASEAN digesa tingkat usaha hapus keganasan
Naza lancar ruang pameran Ducati terbesar di Asia
Tambang haji kekal RM9,980, quota 28,000
Pemuda UMNO bantu lunas cukai rumah P. Ramlee
Najib umum 42 peluang perniagaan inovatif
Kes Anwar saman Chandra dibicarakan 10 Sept.
Penyenaraian Felda Global Ventures diluluskan
Polis tumpaskan sindiket penipuan Macau Scam
Rakyat Malaysia seludup ubat batuk dihukum penjara
PTPTN: Jangan jadi kuda tunggangan pembangkang
Liga Juara-juara: Chelsea tundukkan Barcelona 1-0
Suu Kyi rancang kunjung Britain, Norway pada Jun
Buru gajah di Afrika: Raja Sepanyol mohon maaf
Kes amukan di Oslo: Suspek tak takut dihukum
Misi NATO di Afghanistan kekal hingga 2014
Penularan H5N1: China musnah 95,000 ekor ayam
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









