VERSI : Mobile | Akhbar Digital
22 Ogos 2014 / 26 Syawal 1435  
  Carian Arkib
KELUARGA

ARKIB : 08/12/2011

Ehsan untuk insan gelandangan


Wan Hidayah Wan Ismail (baju hitam) dengan besar hati menceduk makanan yang dibawanya untuk insan gelandangan di Anjung Singgah, Kuala Lumpur, baru-baru ini.


BUKAN mudah untuk kita merasakan bebanan yang ditanggung orang kurang bernasib baik jika tidak berusaha menyelaminya sendiri.

Setakat membaca keperitan hidup yang dilaporkan di media lalu menitip sejumlah derma yang disalurkan menerusi akaun bank tidak cukup untuk membuatkan kita merasai sendiri kesusahan dialami golongan ini.

Benar itu satu perkara yang cukup murni namun lebih murni lagi apabila kudrat yang kita ada digunakan untuk membantu sekali gus menyaksikan sendiri kesengsaraan yang dilalui oleh mereka yang kurang bernasib baik.

Pengalaman menyediakan makanan, memasak dan menghidangkan makanan yang istimewa kepada insan gelandangan di Anjung Singgah, yang terletak di Wisma Ehsan, Jalan Hang Lekiu, Kuala Lumpur, baru-baru ini memang memberikan satu pengalaman berbeza buat beberapa insan yang boleh dikategorikan bertuah ini.

Antara yang turut hadir pada petang itu ialah Engku Emran Engku Zainal Abidin, Datin Natasha Haniff, Nadiah dan kakaknya Najmin Tajudin, Datin Wira Emilia Hanafi dan Rozanna Mohd Ariff.

Mereka merupakan sahabat serta rakan seperjuangan pengerusi projek khas Anjung Singgah, Toh Puan Seri Wan Hidayah Wan Ismail.

Menurut Toh Puan Wan Hidayah, rakan-rakannya dijemput untuk menyediakan masakan, sekali gus menjamu golongan gelandangan di sekitar wisma ini bagi melihat sendiri bagaimana keadaan di pusat Anjung Singgah ini.

"Sebenarnya tujuan saya melakukan program hari ini adalah untuk rakan-rakan saya memperkenalkan kepada suami mereka yang merupakan ahli korporat tentang pusat singgah gelandangan ini dan melihat sendiri apa yang mereka boleh lakukan untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik ini," jelas beliau ketika ditemui pada program tersebut.

Toh Puan Wan Hidayah berkata, setakat ini yayasan nya telah membelanjakan hampir setengah juta dan tiba masanya untuk semua pihak sama-sama membantu golongan yang memerlukan ini.

"Kadang ada golongan yang mahu buat kebajikan tapi tidak tahu bagaimana salurannya. Sesiapapun boleh menderma menerusi projek terbaru ini dan kita akan sama-sama berkongsi kesusahan yang dialami oleh golongan yang kurang bernasib baik ini," jelas beliau lagi.

Dalam pada itu Engku Emran yang ditemui selepas majlis berkata, ini merupakan kali pertama dia sampai ke wisma tersebut.

"Saya sangat gembira dapat membantu menghidangkan makanan kepada golongan gelandangan ini. Saya berhasrat satu hari nanti saya akan datang semula bersama rakan-rakan untuk membuat satu lagi program seperti ini.

"Saya melihat ini sebagai satu usaha yang sangat murni dan mampu mencelikkan mata masyarakat. Setelah melihat kemudahan yang disediakan di sini saya rasa terharu kerana ada tempat yang selesa untuk golongan ini menumpang sementara mendapatkan pekerjaan yang sesuai," katanya yang merancang untuk mengadakan sesi motivasi di Anjung Singgah ini pada masa akan datang.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:19
Asar 4:32
Maghrib 7:24
Isyak 8:35

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.