VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 Ogos 2014 / 5 Syawal 1435  
  Carian Arkib
KELUARGA

ARKIB : 03/12/2011

Zahnita, Zackery bahagia


ZAHNITA Dorothy Hussein Wilson dan suami, Abdul Zackery Ghouse Abdul Ghafoor bersama anak tunggal mereka, Zahra Feena.


DARI luaran, Zahnita Dorothy Hussein Wilson, 26 tahun, mungkin dilihat sebagai seorang yang suka glamor, bebas dan sosial. Namun lama mengenalinya, Zahnita merupakan seorang isteri dan ibu yang amat bertanggungjawab.

Berkahwin pada usia yang begitu muda, iaitu ketika berusia 20 tahun dengan lelaki pilihan hati yang dikenalinya sejak berumur 15 tahun, Abdul Zackery Ghouse Abdul Ghafoor, 33 tahun, Zahnita tidak pernah menyesal.

Malah keputusannya itu turut mendapat restu dan disokong oleh kedua-dua ibu bapa.

Pernikahan Zahnita dan Abdul Zackery Ghouse telah diadakan di Masjid Bandar Sri Damansara pada 3 Jun 2005 manakala majlis resepsi mereka disempurnakan di Hotel Saujana Regency.

Menurut Zahnita, usia muda atau tua bukan penentu pada kematangan dalam sesebuah perkahwinan. Ada juga yang berkahwin pada usia 30 tahun namun tidak matang dalam rumah tangga.

‘‘Kematangan adalah sesuatu yang kita boleh pelajari. Apabila kami berkahwin, banyak yang kami pelajari bersama dan ia membuatkan kami lebih matang.

‘‘Saya gembira dengan kehidupan saya sebagai isteri dan ibu. Zack (nama singkatan suami) seorang suami dan bapa yang baik. Dia amat menyayangi kami.

‘‘Semasa Zack melamar dulu, saya berfikir saya inginkan sebuah kehidupan yang kukuh. Saya tidak mahu berfoya-foya tanpa arah tujuan. Sampai bila hendak buat perkara yang tidak berfaedah. Bagi saya lebih baik saya berkahwin dahulu dan kemudian barulah memulakan karier,’’ kata Zahnita semasa ditemui di rumahnya di Bandar Rahman Putra, Sungai Buloh, Selangor, baru-baru ini.

Kini setelah tujuh tahun usia perkahwinan, Zahnita memiliki apa yang diidamkannya, sebuah rumah tangga bahagia bersama suami dan permata hatinya, Zahra Feena, enam tahun dan kerjaya sebagai model yang begitu diminatinya.

Wajahnya sering terpampang di akhbar dan majalah juga di kaca televisyen mempamerkan fesyen daripada gedung terkemuka. Zahnita turut terkenal sebagai model iklan.

Ditanya bagaimanakah dia menyelesaikan masalah dalam rumah tangga lebih-lebih lagi kedua-duanya masih muda dan panas, kata Zahnita, menipu kalau dikatakan tiada masalah.

‘‘Semua rumah tangga pasti akan berhadapan dengan masalah namun pandai-pandailah hendak menyelesaikannya. Setiap manusia mempunyai kelemahan.

‘‘Jangan biarkan masalah berlanjutan. Cuba berbincang. Memang ada yang mengambil jalan mudah dengan bercerai tetapi bercerai bukan penyelesai segala masalah.

‘‘Pernah juga apabila bergaduh, saya tidak bercakap sehari namun saya rasa saya tidak boleh buat macam itu. Buat apa menyimpan dendam nanti lama-lama ia meletus dan menjadi besar.

‘‘Sebenarnya setiap kali selepas bergaduh, sesebuah pasangan itu akan menjadi bertambah erat. Ia membuatkan hubungan makin kukuh. Jadi jangan berputus asa,’’ ujar Zahnita lagi.

Zack turut bersetuju dengan pendapat isterinya. Baginya, perkahwinan yang dibina adalah atas pilihan sendiri dan diri sendirilah yang harus bijak mengendalikan rumah tangga.

Menurut Zack, dia bersyukur kerana mendapat isteri yang baik, lemah lembut dan pandai mengendalikan sebuah rumah tangga.

Katanya, walaupun setelah berkahwin, dia tidak pernah menghalang Zahnita daripada meneruskan minatnya dalam bidang peragaan asalkan isterinya itu bijak membahagikan masa dan tidak mengabaikan rumah tangga dan anak.

‘‘Saya mengenali Zahnita sejak berusia belasan tahun lagi. Saya tahu dia seorang yang baik dan sebagai suami, sudah menjadi tanggungjawab saya mendidiknya dan Alhamdulillah Zahnita mudah dididik dan tidak membantah.

‘‘Sehingga ke hari ini kami tidak pernah berdepan dengan masalah besar dan saya mengharapkan rumah tangga saya akan kekal bahagia selamanya,’’ jelas Zack yang kemudian bergegas hendak ke pejabat.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:22
Asar 4:43
Maghrib 7:30
Isyak 8:42

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.