VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 Ogos 2014 / 6 Syawal 1435  
  Carian Arkib
KELUARGA

ARKIB : 02/12/2011

Kimchi makanan paling sihat


Stew daging bersama kimchi.


AHN young ha say yo!. Bermakna hello dalam bahasa Korea. Janganlah anda berasa pelik kerana Dari Dapur Azli Razali bukan ingin mengajar bertutur bahasa Korea .

Kali ini saya cuma ingin bercerita tentang makanan yang sangat popular di Korea iaitu kimchi. Ia sejenis makanan tradisional Korea iaitu jeruk sayuran seperti kobis Cina dan lobak putih yang dijeruk bersama bahan-bahan kisaran cili dan sos ikan. Rasanya sedikit kelat, pedas, masam dan masin.

Orang Korea suka menikmati kimchi sebagai makanan sampingan atau digunakan untuk memasak hidangan utama seperti sup kimchi (kimchi jjigae) dan nasi goreng kimchi (kimchi bokkeumbap).

Terdapat pelbagai kategori kimchi bergantung kepada jenis sayur dan bahan campuran yang digunakan namun kobis Cina tetap menjadi sayur yang paling popular.

Kimchi mengandungi serat yang tinggi. Ia juga rendah dalam kalori, membekalkan 80 peratus amaun asid askorbik dan karotin yang diperlukan oleh badan untuk sehari.

Kimchi yang diperbuat daripada sayur-sayuran dan ramuan seperti bawang dan bawang putih.

Kimchi kaya dengan vitamin A, tiamina (B1), riboflavin (B2), kalsium dan zat besi serta juga mempunyai kultur-kultur bakteria aktif dan bermanfaat seperti lactobacilli, yang baik untuk sistem penghadaman.

Kandungan bakteria jenis ini dalam kimchi juga adalah lebih tinggi daripada kandungan yang ada pada yogurt.

Kimchi memang terbukti adalah hidangan yang sihat sehingga ia pernah disenaraikan sebagai antara lima makanan yang paling sihat di dunia di dalam majalah Health.

Antara bahan yang paling penting adalah serbuk cili. Sejenis cili kisar dari Korea yang dipanggil ko choo kah rhoo digunakan untuk membuat kimchi.

Jika sukar mendapatkan jenis cili ini, guna sahaja serbuk cili yang ada jual di pasaran tetapi pilihlah jenis serbuk cili yang berkualiti.Jadi apa lagi marilah kita membuat kimchi yang popular di Korea.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:22
Asar 4:43
Maghrib 7:30
Isyak 8:42

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.