VERSI : Mobile | Akhbar Digital
20 April 2014 / 20 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
POLITIK

ARKIB : 02/12/2011

Kriteria utama jadi calon

KUALA LUMPUR 1 Dis. – Ahli parti yang benar-benar menjadi ‘orang UMNO’ akan diberi keutamaan oleh pucuk pimpinan untuk menjadi calon pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, justeru ahli dan para pemimpin parti khususnya golongan muda wajar bermuhasabah diri sama ada mereka sekadar ahli biasa atau mempunyai ciri-ciri taat dan setia, cinta dan kasih serta berkhidmat dan berkorban untuk parti.

“Inilah pesanan Presiden khususnya kepada pemimpin muda iaitu dalam keghairahan hendak menjadi calon dan mendapatkan tempat, adalah penting mereka sendiri mesti muhasabah diri, sama ada mereka ahli biasa sahaja dalam parti atau betul-betul merupakan ‘orang UMNO’.

“Orang UMNO’ sudah tentunya akan menjadi keutamaan pucuk pimpinan dalam memikirkan siapa yang akan dicalonkan untuk mewakili parti dalam PRU13,” katanya ketika mengulas ucapan dasar Presiden parti pada Perhimpunan Agung UMNO 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini

Turut hadir, dua lagi Naib Presiden UMNO iaitu Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapannya berkata, adalah tidak mencukupi bagi anggota parti itu sekadar menjadi ahli UMNO tetapi mereka perlu menjadi ‘orang UMNO’ yang perwatakannya tergambar daripada tindak tanduknya dan sistem nilai yang dipegang iaitu taat dan setia, cinta dan kasih serta berkhidmat tanpa jemu dan berkorban untuk parti.

Hishammuddin menambah, ucapan itu menandakan Presiden membawa semua ahli ke ambang PRU-13 yang mana sejarah menunjukkan ‘orang UMNO’ dan ahli UMNO dibezakan dari segi kejujuran, keikhlasan, kesetiaan dan semangat yang perlu ada dalam jentera parti itu.

Katanya, kadang kala persepsi terhadap perbezaan itu wujud di beberapa peringkat lapisan UMNO dan di peringkat akar umbi masih menebal dari segi perpaduan, kesatuan, kesetiaan, pahit getir untuk memastikan UMNO kekal sehingga hari ini.

Menurutnya, mereka yang menyedari mereka bukan benar-benar ‘orang UMNO’ perlu memberi laluan kepada orang lain demi memastikan kemenangan BN pada PRU13.

“Siapalah kita ini, kalau kita tengok Presiden dan Perdana Menteri sebelum ini, daripada Allahyarham Tun Hussein, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi sendiri yang sanggup melakukannya demi kelangsungan dengan tertib dan secara sopan, maka siapalah kita yang di peringkat wakil rakyat semata-mata,” katanya.

Perkara berkenaan, kata Hishammuddin, tidak hanya berkisar di kawasan UMNO tetapi juga menyentuh kemampuan Barisan Nasional (BN) memastikan momentum kemenangan dibawa ke peringkat parti komponen BN di seluruh kawasan.

Menurutnya, ketika ini generasi muda perlu lebih menghayati game changer itu kerana mereka yang akhirnya mencorak masa depan kepimpinan UMNO kerana mereka tidak melalui detik-detik cemas, kepayahan dan kesusahan untuk memastikan survival UMNO seperti zaman terdahulu.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.