VERSI : Mobile | Akhbar Digital
21 September 2014 / 26 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
BICARA AGAMA

ARKIB : 30/11/2011

Khilaf Qiraat melengkap makna, maksud Quran


Al-quran bukan sahaja untuk dibaca tetapi perlu difahami dan dihayati isi kandungannya. - Gambar hiasan


KHILAF Qiraat dalam riwayat bacaan al-Quran seperti Qalun, Hafs, Warsy dan riwayat lain adalah bersifat melengkap makna dan maksud al-Quran. Khilaf bacaan al-Quran menurut riwayat tersebut tidak sama dengan khilaf kitab samawi yang lain seperti injil yang wujud ketika ini.

Di mana kandungan setiap satunya bertentangan maksud dan makna dengan kandungan injil yang lain disebabkan penyelewengan yang berlaku terhadapnya.

Ulama telah menetapkan beberapa syarat yang perlu ada sebelum menafsir al-Quran. Dan di antara syarat tersebut adalah menguasai ilmu Qiraat.

Jika dilihat kepada tokoh tafsir, ramai di kalangan mereka yang menguasai ilmu Qiraat dan setiap ayat yang mempunyai khilaf Qiraat akan dihurai maksudnya bagi melengkap makna ayat tersebut.

Lapan tahun

Tokoh tafsir yang dikenali sebagai Abu al-Mufasirin iaitu Imam Ibn Jarir al-Tabari (meninggal pada tahun 310 hijrah) juga adalah tokoh Qiraat pada zamannya.

Kitab tafsirnya yang ditulis selama lapan tahun bermula 283 hijrah hingga 290 hijrah dikategorikan sebagai kitab tafsir Bi Ma'thur.

Ketika menafsirkan ayat-ayat al-Quran yang mempunyai khilaf Qiraat, beliau akan menyebut Qiraat yang terdapat. Namun beliau tidak menyatakan status Qiraat yang disebut sama ada Qiraat Sahihah atau syazzah.

Kitab Tafsir al-Jalalain yang terkenal di kalangan pengkaji ilmu Tafsir juga menyebut khilaf Qiraat. Antara lain, pengarang Tafsir al-Jalalain telah menyebut khilaf yang terdapat dalam surah al-Fatihah pada ayat 4 di kalimah maliki.

Kalimah maliki mempunyai dua bacaan di kalangan Qurra'. Imam 'Asim dan al-Kisaie membacanya dengan ithbat alif selepas huruf mim. Maksud bacaan tersebut adalah Yang Menguasai pemerintahan hari pembalasan (hari akhirat).

Lima Qurra yang lain iaitu Nafei', Ibn Kathir, Abu Amru, Ibn 'Amir dan Imam Hamzah membaca kalimah maliki dengan hazf alif sama dengan kalimah maliki ayat kedua surah al-Nas. Maksud maliki yang dibaca dengan hazf alif adalah raja.

Jika dua makna tersebut dikumpulkan ia memberi satu maksud yang amat sempurna tentang kekuasaan Allah SWT pada hari akhirat iaitu Allah SWT adalah raja yang menguasai pemerintahan hari pembalasan.

Abu Hayyan al-Andalusi (meninggal dunia pada tahun 745 hijrah) iaitu pengarang kitab tafsir al-Bahr al-Muhit telah menghurai dalam kitab tafsirnya khilaf Qiraat dan menyatakan dengan teliti Qiraat yang mutawatirah dan Qiraat syazzah.

Setiap kalimah yang mempunyai khilaf Qiraat sama ada penambahan tasydid atau penambahan alif memberi maksud yang berlainan.

Justeru jika dihimpun makna kalimah bagi dua Qiraat yang berbeza akan menyempurnakan lagi maksud al-Quran.

Walaupun begitu terdapat juga khilaf Qiraat pada kalimah yang sama dan memberi maksud yang sama. Ia seperti khilaf bacaan antara taqlil, imalah dan fathah.

Contohnya pada kalimah terakhir di setiap ayat dalam surah al-Duha. Khilaf tersebut dikategorikan sebagai khilaf lahjah atau lughah dan tidak memberi kesan kepada makna.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.