VERSI : Mobile | Akhbar Digital
20 April 2014 / 20 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 29/11/2011

Tsunami beri peluang rakyat Jepun ubah cara hidup

KUALA LUMPUR 28 Nov. - Seorang pegawai kanan Parti Demokratik Jepun (DPJ) berkata, tsunami yang dicetuskan gempa bumi berskala 8.9 pada Mac lepas, membawa cabaran besar kepada kerajaan Jepun untuk memulihkan kawasan timur laut negara itu.

Naib Pengurus Besar bagi Bahagian Antarabangsa, Gaku Kato berkata, bagaimanapun tragedi itu juga memberi peluang kepada rakyat Jepun untuk mengubah cara hidup bagi menghadapi cabaran masa depan.

"Ini termasuk membangunkan semula prasarana bertaraf tinggi untuk menghidupkan semula industri, menyusun strategi berinovasi bagi tenaga dan alam sekitar serta pembaharuan polisi untuk sektor perikanan dan pertanian bagi meningkatkan daya saing.

"Ini juga peluang untuk kami berubah menjadi masyarakat baru dengan cara hidup yang lebih utuh sebagai persediaan menghadapi bencana pada masa depan serta krisis alam sekitar global lain," katanya pada forum antarabangsa sempena Perhimpunan Agung UMNO 2011, di sini hari ini.

Beliau juga percaya pengalaman itu turut membantu memulihkan keyakinan rakyat Jepun serta meningkatkan ikatan persaudaraan sesama mereka.

DPJ diasaskan pada 1998 menerusi gabungan beberapa buah parti pembangkang dan menjadi parti pemerintah selepas pilihan raya 2009, menewaskan Parti Demokratik Liberal (LDP) yang selama ini menguasai kerajaan Jepun.

Sementara itu, Ketua Eksekutif Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa, Datuk Dr. Mahani Zainal Abidin berkata, mentadbir sesebuah negara dalam keadaan sekarang adalah tugas sukar kerana masyarakat bukan saja berdepan isu ekonomi dan sosial tetapi juga bencana alam yang tidak dapat dijangka.

"Apa yang penting bagi saya ialah kerjasama antarabangsa dan saling belajar daripada pengalaman orang lain," katanya ketika mengendalikan forum yang bertajuk Bencana Alam Sekitar ketika Krisis Ekonomi Global itu. - BERNAMA

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.