VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 Julai 2014 / 26 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
KOTA

ARKIB : 26/11/2011

Buaya Puchong tarikan utama Pameran Misteri Sang Buaya

PUTRAJAYA 25 Nov. – Jika ditanya tentang sejarah buaya Puchong, pasti ramai yang menggelengkan kepala.

Ramai yang tidak tahu di manakah lokasi ia dijumpai, panjang dan berat reptilia tersebut sedangkan ia merupakan buaya yang terbesar pernah ditangkap di negara ini.

Namun, jika disebut Bujang Senang, pasti ramai yang mengetahui kisahnya yang cukup terkenal ekoran tindakannya membaham manusia di Sarawak.

Apa yang menarik ialah orang ramai berpeluang menyaksikan replika buaya Puchong yang dijangka menjadi tarikan utama di Pameran Misteri Sang Buaya yang akan diadakan di Muzium Alam Semula Jadi, Presint 15 Putrajaya bermula esok sehingga 31 Januari tahun depan.

Ketua Pengarah Jabatan Muzium, Datuk Ibrahim Ismail berkata, skop pameran akan merangkumi sejarah awal kewujudan buaya yang terdapat di Malaysia, kitaran hidup buaya dan sifat semula jadinya.

Turut meliputi sejarah reptilia itu adalah aspek perlindungan dan pemuliharaan, konflik antara buaya dan manusia serta keunikannya yang mempengaruhi kehidupan manusia.

Kata beliau, tarikan utama pameran ialah replika buaya Puchong sepanjang 5.6 meter selain replika Bujang Semarahan dan kisah legenda buaya Bujang Senang.

“Objektif utama pameran adalah untuk memberi pendidikan dan pembelajaran kepada masyarakat umum berkenaan spesies buaya di Malaysia di samping mengenali sejarah semula jadi reptilia tersebut yang telah wujud sejak zaman prasejarah.

“Saya percaya ia akan memberi penerangan yang jelas kepada masyarakat akan kepentingan buaya dalam ekosistem alam semula jadi,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Orang ramai dijemput untuk menyaksikan pameran tersebut dengan bayaran hanya RM2 bagi dewasa dan percuma untuk kanak-kanak serta RM5 bagi pelancong asing.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.