VERSI : Mobile | Akhbar Digital
16 April 2014 / 16 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
JENAYAH

ARKIB : 24/11/2011

Ahli militan sembelih manusia

KUALA LUMPUR 23 Nov. – Kumpulan 13 anggota militan Darul Islam (DI) yang ditahan di Sabah baru-baru ini, mampu mengancam keselamatan negara kerana ada ahli mereka yang menyembelih penganut agama lain atas nama jihad.

Perkara itu terbongkar melalui satu rakaman video berdurasi selama 20 minit yang bertajuk Pesta Philippines Bahagian A serta B dan boleh dilihat di laman sosial Youtube.

Rakaman tersebut menunjukkan anggota militan itu, Amin Bacho, 28, berasal dari Tawau, menyembelih lima penduduk selatan Filipina, sambil Amin bersama seorang anggota Abu Sayyaf memegang kepala mangsa.

Aksi kejam yang dipertontonkan itu menunjukkan mayat-mayat yang disembelih, ditendang-tendang dan ditinggalkan manakala, kepala-kepala mangsa dimasukkan ke dalam guni untuk dibawa pulang.

Selain Amin, seorang lagi anggota kumpulan itu, Jeknal Adil, 27, turut dihantar menggunakan laluan haram ke Filipina, Disember lalu untuk menjalani latihan ketenteraan serta pendedahan jihad bersama-sama kumpulan Abu Sayyaf.

Kedua-duanya yang diburu, kini mendapat perlindungan kumpulan Abu Sayyaf di Pulau Jolo, malah turut terlibat dalam beberapa pertempuran dengan pasukan keselamatan Filipina.

Latihan ketenteraan itu sebagai persiapan untuk kumpulan tersebut melancarkan serangan di Malaysia bagi menggulingkan kerajaan yang didakwa tidak ‘Islamik’ atau ‘taghut’.

Menurut sumber, kumpulan militan DI menggunakan klip video tersebut untuk merekrut anggota-anggota baru sebelum dihantar berjihad di selatan Filipina.

“Hasil maklumat, lima anggota DI dari Tawau yang ditahan itu telah direkrut dan dalam proses akhir untuk diseludup masuk secara haram bagi berjihad di Selatan Filipina.

“Semua program rekrut dan penghantaran ke kem latihan di Filipina dikendalikan oleh anggota kanan DI yang juga ‘tokoh’ agama di Tawau.

“Daripada 13 yang ditahan, dua merupakan guru sekolah di Tawau manakala seorang lagi guru swasta,” kata sumber itu.

Tambah sumber itu, usaha menghidupkan kembali gerakan militan di Sabah dikesan sejak 2009 dan terbongkar dengan penahanan 13 individu tersebut.

Polis baru-baru ini mengesahkan wujudnya usaha untuk menghidupkan kembali gerakan militan di Sabah dengan penahanan 13 anggota kumpulan itu sejak minggu lalu.

Kesemua yang ditahan itu ditempatkan di ibu negara untuk siasatan di bawah Seksyen 73 (1) Akta Keselamatan Dalam Negeri (AKDN) 1960.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:16
Asar 4:27
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.