VERSI : Mobile | Akhbar Digital
30 Julai 2014 / 3 Syawal 1435  
  Carian Arkib
TERKINI

ARKIB : 23/11/2011

Insiden Kampung Medan: Tujuh individu gagal tuntut ganti rugi

23/11/2011 4:07pm

PUTRAJAYA 23 Nov. - Tujuh penduduk kawasan Petaling Jaya Selatan (PJS) dan Batu 12 Puchong, dekat sini gagal menuntut ganti rugi daripada Kerajaan Malaysia berhubung dakwaan cuai memberikan perlindungan dan mengawal keadaan ketika insiden rusuhan di Kampung Medan, 10 tahun lalu.

Ia berikutan keputusan sebulat suara panel tiga hakim Mahkamah Rayuan hari ini yang menolak rayuan R. Suresh; A. Anbalakan; V. Anbarasan; B. Janakan Pillai; P. Tamil Selbam; V. Subramaniam dan V. Muniandy.

Hakim Datuk Wira Low Hop Bing yang bersidang bersama Hakim Datuk Seri Abu Samah Nordin dan Hakim Datuk Linton Albert memutuskan demikian selepas berpuas hati bahawa rayuan itu tiada merit. Mereka turut diperintah membayar kos RM10,000.

Dalam saman itu, pihak plaintif menamakan Sheikh Mustafa Sheikh Ahmad (ketika itu Ketua Polis Daerah Petaling Jaya), Datuk Nik Ismail Nik Yusof (ketika itu Ketua Polis Selangor), Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan-defendan.

Perayu-perayu diwakili oleh peguam M. Manogaran manakala pihak kerajaan diwakili oleh Peguam Kanan Persekutuan, Siti Badariah Md. Yusof. Saman itu difailkan pada 5 Mac 2004.

Mereka merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 12 Mei 2009 yang mengetepikan tuntutan saman agar mereka diberi ganti rugi khas, ganti rugi am dan ganti rugi teruk serta ganti rugi teladan. - Utusan

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:22
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.