VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 Julai 2014 / 26 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
KELUARGA

ARKIB : 23/11/2011

Berfikir luar kotak rahsia pemimpin berwibawa


Angkasawan Negara Mejar Dr. Faiz pernah dinobatkan oleh Oxcell.


INDIVIDU yang mahu berjaya dalam bidang yang diceburinya perlu berfikir 'di luar kotak' dan mempunyai pengurusan masa yang strategik.

Kedua-dua aspek itu penting supaya perancangan masa hadapan dapat dibuat sebaik mungkin, malah berupaya menonjolkan bakat dengan lebih cemerlang.

Bagi penerima Anugerah Inovasi Pusat Kecemerlangan Oxford (Oxcell), Asisten Supritendan Nek Abd. Rahman Salleh, 55, meskipun tugas hakikinya menjaga keselamatan dan ketenteraman awam sebagai pegawai polis di Bukit Aman, Kuala Lumpur, ia bukan alasan bagi beliau untuk tidak mencuba sesuatu di luar skop tugasnya.

Anak kelahiran Melor, Kelantan itu tetap aktif menjalankan aktiviti berkaitan ekuin di Taman Pameran Pertanian Serdang (MAEPS) dengan mengadakan modul ekuin kepada mereka yang minat.

Modul tersebut yang diiktiraf oleh beberapa universiti dari Australia dan United Kingdom (UK) turut menggamit beberapa pengamal sukan berkuda untuk mendalami bidang tersebut secara teori.

Namun kegigihan beliau tidak berhenti setakat itu sahaja. Beliau turut terjun ke dalam bidang bioteknologi dengan menghasilkan kapsul anti barah yang diperbuat daripada susu kuda, Niemans Feramilch Capsule.

Produk dalam bentuk kapsul itu mengandungi serbuk susu kuda liar tulen yang diperoleh daripada lebih 10,000 ekor kuda yang diternak di sebuah ladang di Irian Jaya, Indonesia.

Ia yang dikelaskan sebagai makanan tambahan yang boleh menjadi alternatif perubatan moden telah diuji secara saintifik di makmal oleh penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) dan hasilnya menunjukkan sel kanser yang dititiskan susu kuda liar berkurangan kira-kira 60 peratus.

Jelas Nek Abd. Rahman, dalam mengimbangi masanya, perkara utama yang menjadi pegangannya adalah keghairahan dalam mengejar ilmu serta mewujudkan anjakan paradigma terhadap kehidupannya dan seterusnya kepada orang di sekelilingnya.

"Banyakkan membaca, menghadiri seminar yang membangunkan potensi anda. Jangan mengharapkan sesebuah anjakan paradigma akan wujud sekiranya kita cuma duduk menggoyang kaki.

"Anugerah daripada Oxcell dapat memberi pendedahan yang luas kepada saya dalam membina rangkaian perniagaan saya di peringkat global," ujarnya.

Perkara sama turut ditekankan penerima Anugerah Ahli Perniagaan Tahunan Oxcell, Lawrence Tee Cheng How, 31, yang menegaskan bahawa pemikiran luar kotak akan menghasilkan pemimpin yang kebal menempuh dugaan dan kerumitan di dalam segala bidang yang diceburi.

Beliau yang memiliki hampir lima premis makanan kelas antarabangsa menekankan kriteria utama untuk menjadi seorang ahli perniagaan yang terkemuka adalah kepercayaan yang tinggi terhadap diri sendiri dan organisasi yang dipimpinnya.

"Pertamanya, niat kena baik. Ini termasuk menetapkan diri bahawa segala yang dilakukan kita hanya untuk kesenangan ahli keluarga, dirahmati tuhan dan sentiasa pandang ke hadapan.

"Menerima anugerah ini merupakan kebanggaan saya. Ia sebuah pengiktirafan antarabangsa terhadap segala usaha saya dalam membangunkan ekonomi negara.

"Berada di atas pentas menerima anugerah ini sudah memadai membuatkan keluarga dan rakan-rakan bangga terhadap saya. Saya turut berterima kasih kepada pimpinan Oxcell yang terus menghargai usaha usahawan negara ini," kata anak kelahiran Muar, Johor itu.

Sama seperti Nek Abd. Rahman, penganugerahan tersebut turut membuka ruang seluas-luasnya bagi beliau untuk melebarkan perniagaan beliau ke peringkat global di samping mempertingkatkan persepsinya terhadap persaingan perniagaan antarabangsa.

Sambil memberitahu, bidang pemakanan zaman kini amat mencabar dan penuh dengan persaingan, beliau mengingatkan kepada mereka yang baru berjinak-jinak dalam bidang itu supaya tidak berputus asa dan optimis dalam menempuh segala cabaran yang mendatang.

"Ambil peluang ini untuk merealisasikan impian anda. Jangan biarkan ia berlalu kerana jika dibiarkan, semestinya kita akan menyesal pada masa hadapan.

"Turut menjadi ciri utama seorang pemimpin adalah mempercayai nalurinya. Sekiranya naluri anda berkata 'ya', teruskan dan jangan pandang belakang lagi.

"Seperti yang ditekankan Pengarah Oxcell UK, Dr. Mike Kearsley, kepimpinan kreatif dan bermatlamat itu lahir ketika berlakunya krisis. Justeru, jadilah seorang yang sentiasa bersedia dalam menempuh cabaran yang mendatang secara proaktif," tambah beliau.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.