VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 Julai 2014 / 26 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
SUKAN TEMPATAN

ARKIB : 17/11/2011

Dua emas tutup hari terakhir terjun

PALEMBANG - Pingat emas ke-15 peribadi yang diraih Yeoh Ken Nee dalam acara 3 meter papan anjal lelaki, semalam mungkin terakhir buatnya di Sukan SEA selepas bercadang untuk bersara.

Ken Nee menyatakan hasrat menjadi jurulatih selepas beraksi pada Sukan Olimpik London 2012.

Menurutnya, saingan Olimpik di London tahun depan adalah medan terakhirnya bergelar sebagai atlet kerana mahu bersara berikutan bergelut dengan kecederaan lutut serta belakang.

Ken Nee menang emas keenam negara dalam terjun, semalam selepas mengumpul 458.15 mata, mengatasi penerjun Indonesia Akhmad Sukran Jamjami 401.85 mata dengan perak dan seorang lagi penerjun negara. Ahmad Amsyar Azmar berjaya membawa pulang gangsa.

"Sukan Olimpik 2012 adalah temasya berprestij dan saya mahu menamatkan karier saya di tempat yang tinggi. Ini adalah temasya yang diimpikan oleh semua atlet," kata Ken Nee yang sudah 18 tahun mewakili negara.

Jelasnya, dia pernah beraksi di Sukan Olimpik Sydney 2000 pada usia 17 tahun, namun akibat kekurangan latihan dan persediaan, dia gagal mempamerkan persembahan terbaik.

"Selepas ini biarlah saya memberi sumbangan kepada negara dengan menjadi jurulatih. Jurulatih saya sekarang ini juga menasihatkan saya belajar untuk menjadi seorang jurulatih yang bagus dan ketika ini saya ada membantu atlet pelapis.

Sementara itu, penerjun wanita sensasi negara, Pandelela Rinong menutup aksi acara terjun dengan bergaya selepas memenangi pingat emas dalam acara 10 meter platform wanita selepas meraih 342.90 mata.

Pingat perak milik rakan senegara, Ling Kar Kam yang meraih 260.85 mata manakala penerjun tuan rumah, Della Dinarsari Harimurti Ina menggondol pingat gangsa (250.50 mata). - Utusan

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.