VERSI : Mobile | Akhbar Digital
15 September 2014 / 20 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
EKONOMI

ARKIB : 17/11/2011

Nilai hadiah SSP RM15j tahun depan

KUALA LUMPUR 16 Nov. - Bank Simpanan Nasional (BSN) akan meningkatkan jumlah nilai hadiah bagi cabutan Sijil Simpanan Premium (SSP) kepada RM15 juta pada tahun hadapan.

Naib Presiden Kanan Ketua Perbankan Cawangannya, Azaddin Ngah Tasir berkata, jumlah itu bakal ditingkatkan berdasarkan sambutan yang menggalakkan termasuk dengan kempen-kempen yang dilakukan seperti SSP edisi khas dilancarkan pada Oktober lalu.

''Kami memperuntukkan kira-kira RM1 juta bagi nilai hadiah setiap bulan dan jumlah itu bakal ditingkatkan pada tahun hadapan.

''Setakat ini, nilai SSP adalah RM1.5 bilion dengan bilangan pemegang sijil adalah sekitar 1.5 juta sejak tahun 1978,'' katanya selepas menyempurnakan majlis penyerahan hadiah kepada pemenang Kempen BSN Giro Ladies Save & Win di sini hari ini.

Tambah Azzadin, bagi SSP edisi khas yang dilancarkan pada bulan lalu, BSN menyasarkan kutipan sebanyak RM400 juta sehingga tamat tempoh kempen menjelang 31 Disember 2011.

''Selama sebulan dilancarkan kutipan diterima bagi SSP edisi khas adalah sebanyak RM160 juta dan kami yakin dapat mencapai sasaran,'' jelasnya.

Penyimpan yang membeli sijil bernilai minimum RM1,000 akan menerima dividen tahunan sebanyak dua peratus untuk tempoh simpanan enam bulan dan 2.3 peratus untuk sijil bernilai minimum bagi tempoh simpanan setahun RM3,000.

Terdahulu, BSN menyampaikan hadiah kepada empat pemenang utamanya iaitu Mariyahanum Mohd. Zin, Nor Aini Daud, Adith James dan Siti Halijah Abu Bakar.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:11
Asar 4:12
Maghrib 7:14
Isyak 8:23


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.