ARKIB : 16/11/2011
Atlet paralimpik meninggal

KUALA LUMPUR - Pemanah elit paralimpik negara, Mohd. Salam Sidik meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) tengah hari semalam.
Pengurus Sukan, Unit Penyelarasan Program Cawangan Paralimpik Majlis Sukan Negara (MSN), Mohamad Nadzri Zakaria berkata, pemanah berusia 28 tahun itu mengadu sakit kepala dan berehat di kediaman atlet Casa I, MSN sebelum disedari tenat oleh rakannya.
"Pihak hospital masih belum dapat mengenal pasti punca kematian. Beliau meninggal dunia pada pukul 1 tengah hari tadi dalam perjalanan ke HUKM dan jenazah akan dihantar ke kampung halamannya di Sungai Tiram, Johor selepas mendapat kebenaran pihak hospital," katanya kepada Bernama semalam.
Mohamad Nadzri berkata, Allahyarham tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda sakit dan kelihatan sihat serta menjalani latihan seperti biasa.
"(Mohd) Salam adalah seorang atlet yang berdedikasi dan mempunyai impian besar dan kehilangan ini adalah merupakan satu kehilangan besar buat semua warga atlet paralimpik dan juga warga MSN cawangan paralimpik," katanya.
Seorang kenalan rapat Mohd. Salam, yang hanya mahu dikenali sebagai Hana berkata, Mohd. Salam pernah memberitahunya tentang impian untuk mendapat pingat di Paralimpik London 2012 sebaik beliau berjaya mendapat kelayakan ke temasya berprestij itu di Kejohanan Memanah Para Dunia 2011 di Torino, Itali baru-baru ini.
Sepanjang kerjayanya sebagai atlet, Mohd. Salam pernah beraksi di Sukan Paralimpik Athens (2004) dan Beijing (2008). - Bernama
Tubuh jawatankuasa integriti
Kelantan nyala kebangkitan
Dua lagi gangsa daripada penerjun
Nicol mara ke final
Amiruddin kekal Presiden KRM
China, Korea tentukan kejuaraan
Kelantan, Johor DT raih kemenangan
Malaysia raih 2 gangsa Terjun Dunia
Nicol ke separuh akhir Terbuka Britain 2013
Kien Keat, Boon Heong mula bersuara
Bertindak demi keselamatan penyokong sendiri dan lawan - TMJ
Tok Gajah sedia 'mengamuk'
Misi wajib menang Kelantan
Nicol ke separuh akhir Terbuka Britain
Nicol ke separuh akhir Terbuka Britain 2013
Sindiket bookie serius
'Usah takut buat laporan'
BAM tidak akan berlembut
BAM janji buat perubahan
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










