VERSI : Mobile | Akhbar Digital
29 Julai 2014 / 2 Syawal 1435  
  Carian Arkib
JOHOR

ARKIB : 14/11/2011

Hentian teksi Batu Pahat daif


SEBAHAGIAN pemandu kereta sewa berkumpul dan membincangkan tentang kedaifan pondok teksi di Jalan Soga, Batu Pahat, baru-baru ini.


BATU PAHAT 13 Nov. - "Macam ini ke Hentian Teksi Batu Pahat?" Itu antara rungutan pengguna terutamanya pelancong dari Singapura yang sering diterima pemandu kereta sewa berhubung kedaifan pondok teksi di Jalan Soga di sini yang tidak berbumbung dan tiada kemudahan tempat duduk untuk pengguna.

Satu-satunya bumbung yang ada di hentian itu hanya kanopi kecil untuk pemandu kereta sewa yang dibeli sendiri oleh kumpulan tersebut tetapi telah berulang kali diganti akibat rosak dipukul angin kuat.

Akibatnya, pelanggan semakin berkurangan ekoran tidak selesa menunggu perkhidmatan kereta sewa tersebut terutamanya ketika panas dan hujan sehingga menjejaskan pendapatan pemandu yang kini terpaksa hidup di bawah paras kemiskinan.

Setiausaha Persatuan Kereta Sewa Batu Pahat, Baharin Ibrahim, 51, mendakwa, kira-kira 500 ahli persatuan itu mendapat pendapatan bersih hanya RM500 sebulan ekoran kemerosotan bilangan pelanggan.

"Pendapatan bersih kami hanya RM500 sebulan setelah ditolak pelbagai kos termasuk duit minyak dan penyelenggaraan.

"Sebagai antara barisan hadapan dalam industri pelancongan, kami merayu agar pihak berwajib dapat menyediakan terminal teksi yang selesa untuk kemudahan pengguna," katanya kepada pemberita di sini baru-baru ini.

Baharin berkata, pada mulanya hentian teksi itu ditempatkan di tingkat tiga bangunan Menara Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) tetapi akibat kekurangan pelanggan, persatuan akhirnya mengambil keputusan berpindah ke bahagian bawah di tepi bangunan itu bermula tahun 2004.

"Kami terpaksa berpindah kerana pelanggan tidak mahu bersusah naik ke tingkat atas dan akibatnya kami berhutang sebanyak RM18,000 untuk membayar sewa kepada MPBP tetapi syukur ia berjaya dilunaskan," katanya.

Baharin memberitahu, persatuan telah beberapa kali menghantar surat kepada pihak berwajib berhubung permasalahan itu tetapi sehingga kini belum ada perubahan.

Sementara itu, seorang pembantu kedai, Hamidah Ahmad, 21, berkata, pondok teksi itu perlu dinaik taraf untuk kemudahan pengguna seiring dengan nilai yang dibayar untuk perkhidmatan tersebut.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.