ARKIB : 13/11/2011
Waris perlu terus isi borang daftar kematian
KUALA LUMPUR 12 Nov. - Mulai 1 Disember ini, setiap waris yang memohon permit pengkebumian ahli keluarga mereka perlu mengisi terus borang kematian Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi membolehkan senarai daftar pemilih 'dibersihkan.'
Ketua Pengarah Pendaftaran, Datuk Jariah Mohd. Said berkata, buat masa ini, tiada peraturan mewajibkan waris mengisi terus borang kematian ketika memohon permit pengkebumian daripada polis menyebabkan badan itu sukar membersih daftar pemilih dalam tempoh sepatutnya.
"Masalah kita ialah ada waris tidak mendaftar kematian keluarga mereka menyebabkan JPN tidak tahu dan kita tidak boleh mengemaskini senarai daftar pemilih. Tambahan pula JPN tidak boleh memaksa dan sehingga sekarang tiada peruntukan khusus untuk berbuat demikian.
"Jadi, mulai bulan depan kita mewajibkan mereka mengisi borang kematian semasa memohon permit. Daftar kematian dalam senarai pemilih itu kemudian akan disalur kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)," katanya pada persidangan Jawatankuasa Terpilih Parlimen di sini, hari ini.
Beliau menjawab pertanyaan bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S. Ambiga yang mempersoal mengapa sistem sedia ada gagal mengemaskini daftar pemilih yang sudah meninggal dunia sehingga wujud persepsi negatif di kalangan rakyat terhadap ketelusan SPR.
Jariah berkata, selepas 2001 rakyat Malaysia yang lahir di luar negara serta warga asing yang mendapat taraf kerakyatan tidak lagi menggunakan kod 71 pada kad pengenalan, sebaliknya menggunakan kod asal negara mereka dilahirkan dan berasal.
Bagaimanapun jelas beliau, kod 71 itu masih terus terpakai bagi mereka yang lahir dan mendapat taraf warganegara sebelum tahun berkenaan.
Dalam pada itu, Ahli Jawatankuasa Terpilih Parlimen, Anthony Loke (DAP-Rasah) mendedahkan sepanjang tahun lepas seramai 15,288 warga asing telah diberi kerakyatan dengan warga Indonesia merupakan kumpulan paling besar iaitu seramai 6,648 orang.
Beliau sehubungan itu menuntut JPN dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjelaskan kepada jawatankuasa berkenaan mengapa begitu ramai warga asing diberi taraf kerakyatan pada tahun lalu.
Sekat sebelum parah
Segera bertindak terhadap Red Bean Army
Adam Adli tidak mewakili mahasiswa
CUEPACS larang penjawat awam sertai demonstrasi
PKR hanya 'parti kuat riuh' - Shah Headan
Warga Felda Bukit Tangga kecam Kit Siang, Anwar
Sumbang idea, kepakaran kepada negara bukan jatuhkan imej
Karpal bidas pihak kritik mansuh Dewan Negara
Palanivel nafi lulus resolusi larang rebut jawatan Presiden
Tian Chua, Haris, Tamrin ditahan
PKR 'bangga' rakyat langgar undang-undang Singapura
Mubarak: Lepaskan kerakyatan jika tidak setuju keputusan PRU-13
Rektor Kuin hantar surat letak jawatan
Forum bertukar sesi tohmahan terhadap BN
BN, Pakatan fail petisyen PRU-13
Cadangan Karpal dianggap hina Dewan Negara
Perkasa kutuk demonstrasi di kota London
Guling kerajaan bertentangan dengan maqasid syariah
Pas diminta keluar kenyataan rasmi tolak politik ganas
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









