VERSI : Mobile | Akhbar Digital
21 April 2014 / 21 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
SELATAN

ARKIB : 04/11/2011

JPJ lelong 25 kenderaan


GELAGAT pembida meninjau kenderaan yang diminati sebelum mengemukakan pembidaan untuk membeli kenderaan yang dilelong oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Bukit Katil, Melaka, kelmarin.


MELAKA 3 Nov. - Sebanyak 25 buah kenderaan yang tidak dituntut setelah disita atas pelbagai kesalahan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987, dilelong oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di sini semalam.

Pengarahnya, Mohd. Fadhil Hassan berkata, hasil lelongan awam tersebut, pihaknya berjaya mengutip sejumlah RM37,630 hasil.

Menurut beliau, semua kenderaan yang dilelong adalah 14 buah motosikal, lapan buah kereta serta masing- masing sebuah van, jip dan lori kecil.

"Lelongan dibuat setelah kenderaan itu tidak dituntut oleh pemilik walaupun JPJ telah memaklumkan kenderaan itu boleh dituntut dalam tempoh tiga bulan selepas ia disita," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis lelongan awam kenderaan sita JPJ di Bukit Katil di sini semalam.

Program selama dua jam bermula pukul 9 pagi itu turut disertai beberapa agensi lain antaranya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia serta Jabatan Audit Negara Melaka.

Menurut Mohd. Fadhil, antara kesalahan membabitkan kenderaan itu adalah pemandunya tidak memiliki lesen memandu dan cukai jalan selain kesalahan teknikal termasuk ubah suai pada enjin dan casis.

"Lelongan terpaksa dibuat kerana ruang simpanan kenderaan kini terhad dan tidak boleh menampung jumlah kenderaan yang semakin bertambah," katanya.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.