VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 September 2014 / 6 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
JOHOR

ARKIB : 03/11/2011

Tonjol imej, semangat bekerjasama

SEGAMAT 2 Nov. - Warga Jabatan Perpaduan Segamat termasuk guru dan pembantu guru tadika digesa sentiasa menonjolkan imej dan semangat kerjasama agar menjadi teladan kepada masyarakat.

Pegawai Perpaduan Daerah, Nurul Hudah Maon berkata, adalah sesuatu yang memalukan jika warga jabatan itu gagal menjalinkan perpaduan dan kerjasama sesama mereka semasa menjalankan tugas.

"Perpaduan antara kaum merupakan kunci kejayaan. Jabatan ini yang mempunyai kelas tadika adalah landasan tepat untuk memupuk semangat perpaduan bermula dari peringkat kanak-kanak.

"Sebagai negara yang menuju ke arah negara maju, penekanan terhadap aspek perpaduan harus dilakukan dengan lebih serius dan semua pihak mesti menggembleng tenaga memastikan hasrat ini tercapai," katanya pada majlis penutup Program Meningkatkan Kualiti Kerja Dalam Organisasi di Pusat Latihan dan Rekreasi Felcra Tebing Tinggi dekat sini baru-baru ini.

Program tiga hari itu disertai 53 warga kerja jabatan tersebut dari semua peringkat termasuk guru dan pembantu guru tadika. Antara aktiviti yang dijalankan termasuk berjalan malam, mencari harta karun, menunggang kuda, membuat rakit dan menghadiri beberapa siri ceramah yang dikendalikan tenaga pengajar pusat latihan berkenaan.

Majlis penutup program tersebut disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jementah, Datuk Dr. Lee Hoon Tee yang turut mengingatkan peserta supaya mementingkan semangat perpaduan dalam kehidupan seharian.

Seorang peserta, Norlaila Kassim, 42, berharap program yang julung kali diadakan itu dijadikan acara tahunan kerana ia memberi manfaat kepada warga kerja jabatan berkenaan terutamanya dalam menjalin semangat muhibah dan kerjasama.

"Banyak pengalaman baru saya pelajari sepanjang berada di sini, terutamanya dalam membentuk kerja berpasukan melalui aktiviti yang dijalankan. Dulu saya kurang yakin melakukan aktiviti lasak, tetapi dengan semangat kerjasama dan berpasukan yang diterapkan pada program ini menjadikan saya lebih yakin," katanya.

Bagi Nor Azizah Nordin, 42, program tersebut mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan peserta.

"Kami memang jarang berpeluang untuk bersama dalam suasana begini kerana masing-masing sibuk dengan tugas sendiri. Apabila berpeluang bersama sebegini, kami seolah-olah sebuah keluarga besar yang dapat menangani bersama sebarang masalah dengan mudah," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:16
Asar 4:24
Maghrib 7:21
Isyak 8:30


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.