ARKIB : 03/11/2011
Meter baru beri bacaan sebenar penggunaan elektrik
KUALA LUMPUR 3 Nov. — Tenaga Nasional Berhad (TNB) hari ini memberi jaminan meter barunya memberikan bacaan penggunaan elektrik yang sebenar melalui proses penentuukuran oleh makmal yang mendapat akreditasi MS ISO/IEC 17025:2005.
"Meter lama yang digantikan itu merupakan meter-meter yang telah melebihi jangka hayat 15 tahun, meter rosak dan meter yang terlibat dengan usikan meter (meter tampering) bagi memastikan pembacaan meter yang tepat.
"Untuk kes-kes yang terbukti melibatkan kecurian, sudah tentu akan terdapat penggunaan yang amat ketara selepas penggantian meter,” kata TNB dalam kenyataan di sini.
Bagaimanapun, syarikat utiliti itu mengalu-alukan perbincangan bersama pengguna yang mempunyai bukti dan alasan kukuh bahawa tiada usikan meter dan akan memberikan pertimbangan sewajarnya, kata kenyataan tersebut.
TNB juga tidak mengenakan caj pemasangan meter dalam program penggantian meter lama atau rutin meter rosak.
Untuk keterangan lanjut mengenai proses penggantian meter itu orang ramai boleh hubungi One Stop Enquiry Centre di talian 1-300-88-5454 atau e-mel kepada tnbcareline@tnb.com.my atau layari www.tnb.com.my. - Bernama
Isu YDP MAINPP: UMNO Pulau Pinang kesal
Bekas Speaker DUN Perlis meninggal dunia
ASEAN digesa tingkat usaha hapus keganasan
Naza lancar ruang pameran Ducati terbesar di Asia
Tambang haji kekal RM9,980, quota 28,000
Pemuda UMNO bantu lunas cukai rumah P. Ramlee
Najib umum 42 peluang perniagaan inovatif
Kes Anwar saman Chandra dibicarakan 10 Sept.
Penyenaraian Felda Global Ventures diluluskan
Polis tumpaskan sindiket penipuan Macau Scam
Rakyat Malaysia seludup ubat batuk dihukum penjara
PTPTN: Jangan jadi kuda tunggangan pembangkang
Liga Juara-juara: Chelsea tundukkan Barcelona 1-0
Suu Kyi rancang kunjung Britain, Norway pada Jun
Buru gajah di Afrika: Raja Sepanyol mohon maaf
Kes amukan di Oslo: Suspek tak takut dihukum
Misi NATO di Afghanistan kekal hingga 2014
Penularan H5N1: China musnah 95,000 ekor ayam
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









