VERSI : Mobile | Akhbar Digital
3 September 2014 / 8 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
KELUARGA

ARKIB : 03/11/2011

Women Deliver konvensyen wanita bersalin


Ramai wanita di negara sedang membangun meninggal dunia akibat komplikasi kehamilan dan semasa bersalin. - Gambar hiasan.


PERCAYA atau tidak setiap tahun dianggarkan 350,000 gadis dan wanita di dunia meninggal dunia akibat masalah berkaitan mengandung dan bersalin. Malah 99 peratus daripada angka tersebut berlaku di negara sedang membangun.

Mengapa ia terjadi? Daripada kes yang dilaporkan kebanyakan kematian ibu ketika melahirkan anak, sebelum atau selepas, adalah berpunca daripada sebab yang sukar untuk dikesan dan susah untuk dielakkan.

Antara punca kematian biasanya ialah disebabkan hemorrage, sepsis, kelahiran obstruktif, kecelaruan hipertensi dan pelbagai lagi punca.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh Presiden Women Deliver, Jill Sheffield.

Women Deliver merupakan sebuah pertubuhan antarabangsa yang memperjuangkan kelangsungan wanita dalam isu mengandung dan melahirkan anak.

Sheffield berada di Kuala Lumpur baru-baru ini bagi mempromosikan Konvensyen Women Deliver yang bakal berlangsung di negara ini pada tahun 2013 nanti.

Hadir sama pada sidang akhbar mengenai penganjuran konvensyen tersebut ialah penasihat bebas, Datuk Dr. Raj Abdul Karim.

Sheffield merupakan aktivis wanita yang giat memperjuangkan kesihatan reproduktif wanita di negara sedang membangun.

Kesedaran beliau untuk membincangkan isu serius ini timbul setelah menjadi sukarelawan di sebuah klinik perancangan keluarga di Hospital Bersalin Pumwani, Kenya pada pertengahan tahun 60-an.

"Ketika berkhidmat di Kenya ada klinik yang mengharamkan penggunaan pil perancangan keluarga tanpa kebenaran suami mereka.

"Dari situ saya terpanggil untuk memperjuangkan hak reproduktif wanita secara lebih meluas," ujarnya.

Pada tahun 1987 beliau menubuhkan sebuah pertubuhan tidak bermotif keuntungan yang diberi nama Family Care International demi mempertingkatkan kesihatan wanita khususnya di negara miskin.

Menurut Sheffield , menerusi kajian yang dijalankan, Malaysia merupakan antara negara di Asia yang kadar kes kematian dan komplikasi ketika mengandung dan bersalin yang menurun tahun demi tahun.

Buktinya antara tahun 2000 dan 2011, kadar komplikasi akibat bersalin di Malaysia menurun daripada 63.6 kepada 48.4 bagi setiap 100,000 kelahiran hidup.

Ini adalah kadar yang paling rendah di rantau ini.

Malah jika mengikut statistik dunia, Malaysia menduduki tangga ke-62 di dunia bagi kadar kematian akibat bersalin.

"Penurunan itu adalah disebabkan kemudahan akses perkhidmatan ibu mengandung yang semakin baik.

"Selain itu, wanita Malaysia juga bertuah kerana pihak berkuasa kesihatan memberi lebih perhatian penjagaan obstetrik terutama di hospital daerah, serta peningkatan jumlah bidan bertauliah dan pelbagai lagi faktor lain.

"Bagaimanapun Asia mencatatkan jumlah kematian bayi baru lahir yang agak tinggi dengan 56 peratus di seluruh dunia," jelasnya.

Jadi, antara perkara yang akan diperbincangkan di konvensyen itu ialah cara untuk mengatasi permasalahan ini yang turut terkandung dalam Millenium Development Goal (MDG) 5 - bagaimana mempertingkat kesihatan ibu mengandung.

"Konvensyen ini merupakan kali ketiga dianjurkan yang mana kali ini ia akan diadakan di Kuala Lumpur dari 28 hingga 30 Mei 2013.

"Menerusi konvensyen ini ketua negara, parlimen, kementerian kesihatan, kewangan, para penyelidik dan pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan berdiskusi bagaimana untuk mempertingkatkan kesihatan maternal, bagaimana untuk mencari impak terbaik dengan kos terendah dan memperbaharui komitmen demi mempertingkatkan kehidupan wanita khususnya anak gadis.

"Menerusi konvensyen ini juga dijangkakan lebih dari 5,000 peserta dan pelbagai rangkaian baru akan diwujudkan demi memastikan matlamat mempertingkatkan kesihatan maternal tercapai," ujarnya.

Kata Sheffield lagi, konvensyen terdahulu telah diadakan di London iaitu pada tahun 2007 dan konvensyen kedua pula diadakan di Washington DC yang melibatkan 3,400 peserta.

"Kedua-dua konvensyen ini telah menarik peserta di peringkat global dan memberi inspirasi serta komitmen dan dana untuk mempertingkatkan inisiatif membantu remaja dan wanita dalam hal berkaitan mengandung dan kelahiran bayi mereka," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:16
Asar 4:22
Maghrib 7:20
Isyak 8:29


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.