VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 Julai 2014 / 26 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 27/10/2011

Media sosial untuk kebaikan


RAIS Yatim menerima ucapan tahniah daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Samadoun Toure (kanan) selepas merasmikan Pavilion Malaysia di Geneva, semalam. – BERNAMA


GENEVA 26 Okt. – Media sosial perlu berperanan untuk membawa kebaikan kepada manusia dan bukan sekadar berpaksikan pada kegemilangan dan tarikan mencipta gelombang perubahan, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

Berucap pada Persidangan Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) Telecom World 2011 di sini, Rais berkata, media sosial mempunyai tanggungjawab kepada masyarakat dan patut beroperasi mengikut undang-undang dan hak asasi individu.

“Apa yang sedang diperkatakan ialah mengenai peranan media sosial sebagai jentera perubahan dan pencipta permainan baru tetapi kita tidak bercakap mengenai bagaimana kita boleh menggunakannya untuk kebaikan masyarakat dan keluarga dan untuk kita tidak kehilangan nilai positif kita,” katanya.

Penggunaan media sosial, kata beliau, patut digalakkan tetapi pihak yang terbabit secara langsung dalam perkara itu patut mempunyai konvensyen mereka sendiri mengenai apa yang boleh dibuat dan apa yang tidak boleh dibuat.

“Mereka yang terbabit secara langsung dalam media sosial ini perlu berpegang pada nilai tertentu mengenai kesesuaian amalan berkenaan,” katanya.

Sehubungan itu, kata Rais, wujud keperluan untuk mengetengahkan pandangan bahawa media sosial perlu bertanggungjawab kepada masyarakat.

“Jika kita menerima perkara itu, saya fikir media sosial patut digalakkan untuk terus berkembang maju, seperti mana dikatakan oleh Suvi (Linden-Duta Khas ITU ke Suruhanjaya Jalur Lebar), yang menggariskan jenis kebebasan yang kita ada, iaitu (kebebasan) dengan ketelusan,” katanya pada sesi pleno mengenai Media Sosial bagi Perubahan Sosial.

Turut hadir pada sesi itu ialah Presiden Agensi Persatuan Maklumat Kebangsaan Korea Selatan yang juga Pesuruhjaya Jalur Lebar, Dr. Kim Seang Tae dan Linden yang juga bekas Menteri Komunikasi Finland.

ITU ialah agensi khusus bagi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

ITU Telecom World 2011 menyambut ulang tahun ke-40 tahun ini dalam memberikan khidmat kepada masyarakat ICT global dengan perancangan hala tuju, merangsang program perdebatan, bengkel-bengkel, pameran teknologi baharu dan pelbagai peluang bagi rangkaian dan perkongsian pengetahuan.

Rais turut menyentuh mengenai bagaimana media baharu boleh membawa apa yang beliau sifatkan sebagai perubahan ketamadunan.

Menurutnya, blogger dan pengamal media sosial perlu sedar akan tugas mereka untuk mendidik keluarga mengenai pengaruh luas teknologi.

Merujuk kepada perkembangan di Tunisia, Mesir, Libya dan Yemen yang dikatakan dicetuskan oleh pergerakan media sosial, Rais berkata terdapat kemungkinan orang ramai berpendapat bahawa media sosial sedang dipergunakan untuk tujuan politik malah untuk tujuan-tujuan lain.

“Manusia dengan itu perlu menapis apakah kebudayaan baik yang dihidangkan kepada anda, apa yang baik untuk anak-anak anda, untuk sekolah anda...bahagian-bahagian ini masih belum dibincangkan secukupnya,” katanya.

Menjadikan Facebook dan Twitter sebagai contoh, Rais berkata, pencipta media sosial patut berasa gembira bahawa mereka tidak sepatutnya dipersalahkan kerana mencipta platform itu.

Isunya, kata beliau, ialah orang ramai patut mematuhi undang-undang apabila menggunakannya. – BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.