VERSI : Mobile | Akhbar Digital
29 Julai 2014 / 2 Syawal 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 24/10/2011

Kerajaan digesa ambil serius deklarasi Himpunan Sejuta Umat

KUALA LUMPUR 23 Okt. - Kerajaan digesa mengambil serius deklarasi yang dikemukakan Himpunan Sejuta Umat (Himpun) supaya akidah umat Islam dapat dipertahankan daripada terus diganggu-gugat oleh musuh-musuh agama.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, sepuluh deklarasi merangkumi pelbagai aspek yang menepati tuntutan semasa itu perlu dilaksanakan segera demi membebaskan umat Islam daripada belenggu kemungkaran.

"Dalam hal murtad ini, kita sepatutnya tiada kompromi. Baik kerajaan, parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu bersatu menentangnya. Justeru, penglibatan kerajaan adalah mustahak bagi merealisasikan suara rakyat negara ini.

"Kesatuan orang Melayu juga diuji dalam mengetengahkan isu asas sebegini. Isu sebesar ini menuntut penyertaan seluruh kaum tersebut kerana ia merupakan fardhu kifayah kita semua," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Himpun yang diadakan di Stadium Shah Alam semalam telah mengemukakan sepuluh deklarasi termasuk menuntut supaya kerajaan mengambil langkah segera menggubal undang-undang khusus untuk mencegah dan membendung gejala murtad dan kegiatan memurtadkan umat Islam selaras dengan kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan.

Harussani turut menempelak segelintir golongan yang memperlekehkan perhimpunan tersebut dengan menyifatkan mereka sebagai orang yang 'mati hatinya' dan berjuang hanya semata-mata untuk kepentingan politik sempit dan kepartian.

Katanya, akibat terdesak mahu meraih kerusi di pentas politik, mereka sanggup menggadaikan akidah agama mereka sendiri.

"Pihak-pihak yang berkepentingan dilihat semakin berani dan lantang membuat kerja jahat mereka yang terang-terangan bertentangan agama dan Perlembagaan, kenapa ia perlu dibiarkan?," soalnya.

Dalam pada itu, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Hashim Yahya turut senada dengan Harussani dengan menyatakan bahawa penguatkuasaan terhadap murtad amat menyedihkan.

Jelasnya, penguatkuasaan yang sambil lewa oleh jabatan agama menyebabkan segelintir pihak berani mempermainkan akidah umat Islam meskipun mereka sedar bahawa perbuatan tersebut menyalahi undang-undang.

"Api yang kecil sekiranya tidak dipadamkan akan merebak menjadi besar dan menimbulkan masalah yang selalunya menyebabkan kerugian," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.