ARKIB : 23/10/2011
120 anggota PDRM sertai kursus Diploma Pengurusan Keselamatan
KUALA LUMPUR 22 Okt. - Seramai 120 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) memulakan pengajian Diploma Pengurusan Keselamatan di Kolej Saito, di sini hari ini.
Ketua Pegawai Operasi Kolej Saito, Datuk Kamaruddin Mohd. Ismail berkata, kesemua anggota berkenaan akan mengikuti pengajian itu selama dua tahun secara separuh masa.
"Maknanya, mereka akan datang kuliah pada hari Sabtu dan Ahad, manakala dari Isnin hingga Jumaat mereka akan bertugas sebagai anggota polis.
"Ini merupakan kumpulan ketiga anggota PDRM yang mengikuti pengajian ini," katanya ketika ditemui selepas menyaksikan proses pendaftaran anggota berkenaan hari ini.
Menurutnya, pengambilan kali ini dihadkan bagi membolehkan pihaknya menjaga kualiti graduan yang dihasilkan kolej berkenaan.
Jelasnya, pengajian peringkat diploma itu mampu meningkatkan tahap profesionalisme anggota berkenaan yang kebanyakannya berpangkat rendah.
"Diharapkan semua anggota yang terlibat dalam pengajian ini dapat mempraktikkan pengetahuan dalam tugas seharian," katanya.
Kamaruddin berkata, selain PDRM, agensi kerajaan lain yang menghantar anggota ke kolej berkenaan ialah Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, dan beberapa lagi agensi penguat kuasa lain.
Katanya, sokongan yang diberikan PDRM mampu mengukuhkan lagi peranan Kolej Saito sebagai institusi pendidikan keselamatan pertama di negara ini.
Sementara itu, Konstabel Norhazwani Muhamad Rusli berkata, dia mengikuti pengajian itu bagi menambah ilmu dan bukan semata-mata mengejar pangkat.
"Belajar sambil bekerja memang sukar tapi inilah peluang tidak harus ditolak," katanya yang bertugas di Balai Polis Selayang.
Sementara itu Lans Koperal Randdy Francis Charles dari unit pengangkutan Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) berkata, peluang ini akan digunakan untuk meneroka ilmu baru dalam bidang keselamatan.
"Saya sedar ini bukan satu tugas mudah tetapi yakin akan berjaya walaupun terpaksa bekerja dan belajar serentak," katanya.
Menghasut: Adam Adli direman lima hari
Dua peserta konvoi motosikal maut kemalangan
Tiga rentung dalam dua kejadian kebakaran
Pergaduhan di balai: Penduduk diminta tidak panik
Perluaskan URB di pinggir dan luar bandar - Lam Thye
Pekerja Bangladesh cedera ditetak pekerja Vietnam
2 cedera serangan di balai polis
Mati dibelasah suami
Adam Adli ditahan menghasut
Buru Geng Susu Kangkang berdasarkan CCTV
Kelar leher: Polis terus buru suspek
Suspek kes bunuh pegawai Kastam bebas dengan jaminan
Demi dadah dan wang
Dua termasuk anggota polis cedera ditetak di Labis
Polis terus buru suspek kes kelar leher pemuda
Adam Adli ditahan di bawah Akta Hasutan
Wanita mati dipercayai dipukul suami
Naluri ibu selamatkan anaknya daripada kebakaran
Anggota penguatkuasa MPPP samun kedai 24 jam
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









