ARKIB : 21/10/2011
Himpunan doa oleh Syaikh Ismail
MUSUH-musuh Islam amat takut apabila umat Islam mula berdoa. Mereka tahu senjata umat Islam bukan terletak pada kelengkapan yang canggih mahupun kekuatan fizikal tubuh badan.
Tetapi kekuatan umat Islam sejak dari dahulu lagi terletak pada doa. Apabila seorang imam memimpin bacaan doa dan seluruh makmum dan jemaah sama-sama khusyuk mengaminkan doa tersebut maka itulah yang menakutkan pihak musuh.
Maka tidak menghairankan jika musuh-musuh Islam menjadikan masjid-masjid umat Islam sebagai sasaran serangan mereka. Masjid akan dibom, diletupkan, rosak, musnah dan binasa dalam sekelip mata dengan tujuan supaya umat Islam sukar untuk berjemaah beribadat dan berdoa.
Lantaran itu, Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad tidak mahu doa-doa yang sering beliau baca sepanjang bertugas sebagai imam tinggal sebagai doa sahaja.
Beliau dan Masjid Negara mengambil inisiatif mengumpul hampir 30 doa pelbagai tajuk yang diterbitkan dalam tulisan jawi.
Ini bagi membolehkan seluruh umat Islam menjadikan buku koleksi doa itu sebagai panduan untuk mereka membaca dan melafazkan doa yang tidak semestinya tertakluk dalam bahasa al-Quran atau Bahasa Arab semata-mata.
"Allahumma Ya Qawiyyun Ya Aziz! Ya Allah kami memohon kepada mu, apalah kiranya Engkau terima segala amalan kami pada tahun yang lalu dan semoga amalan kami tidak menjadi sia-sia. Pada tahun baru ini kami memohon mudah-mudahan amalan kami diterima di sisi-Mu Ya Allah. Semoga tahun ini juga membawa kemakmuran dan kebahagiaan, keamanan dan keselamatan kepada kami setiap masa dan ketika."
Demikian antara contoh petikan doa yang dibaca oleh imam kelahiran Kampung Padang Pulut, Dungun Terengganu ini sempena Sambutan Maal Hijrah, tahun lalu.
Antara doa-doa lain yang dimuatkan dalam buku ini termasuklah;
1) Doa Sambutan Maulidur Rasul
Peringkat Kebangsaan,
2) Doa Sempena Hari Kemerdekaan
Negara,
3) Doa Hari Pahlawan,
4) Doa Qunut Nazilah,
5) Bacaan Talkin,
6) Doa Majlis Perkahwinan Meraikan
Mempelai.
Selain menggunakan tulisan Jawi sebagai medium penulisan, buku Koleksi Doa ini sangat unik kerana ia bermula daripada halaman kanan ke kiri berbanding lazimnya, bermula daripada halaman kiri ke kanan.
Kaedah ini tidaklah menimbulkan kesukaran tetapi satu keunikan bagi membolehkan tulisan jawi juga boleh dibaca seperti tulisan rumi yang bermula dari halaman kanan itu.
Namun yang jelas, koleksi doa dalam buku ini merupakan hasil karya Syaikh Ismail sendiri yang boleh disifatkan sebagai satu seni penulisan dalam bentuk doa.
Teks doa tulisan jawi oleh Syaikh Ismail itu merupakan koleksi sejak beliau mula bertugas di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan di Masjid Negara sejak tahun 2007.
Teks doanya disusun dengan adab-adab dan gaya bahasa yang mudah, di samping menggunakan puji-pujian yang bertepatan dengan maksud doa.
Orang ramai boleh mendapatkan Buku Koleksi Doa ini dengan menghubungi pihak Masjid Negara di talian 03-26937784.
Membangun keluarga bahagia
Jejak Prihatin ke Thailand
Zulkarnain raja yang adil
Zakat insurans dan takaful anak
Lebur hasrat beribadat
Masjid mesra OKU
Berkat zakat mudahkan perniagaan
Peninggalan alatan perang
Natijah di sebalik perjuangan palsu
Al-Qaradawi ke Gaza
Berhati-hati keluarkan fatwa
Melahirkan modal insan berkualiti
Capai persetujuan
Mulakan lembaran baru kehidupan
Amalan di bulan Rejab
Bahasa tertua di dunia Islam
Potensi e-book genre agama
Masalah pembelajaran anak
Islam melarang berpacaran?
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









