VERSI : Mobile | Akhbar Digital
28 Julai 2014 / 1 Syawal 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 20/10/2011

Perkeso sediakan penyata tahunan pencarum

KUALA LUMPUR 19 Okt. - Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bakal menyediakan penyata tahunan kepada setiap pencarum bagi membolehkan mereka mengetahui potongan caruman.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan (gambar) berkata, dalam usaha itu kementerian sedang menaik taraf sistem teknologi maklumat jabatan bagi pencarum memperoleh penyata mereka,

''Saya percaya perkara ini dapat dilaksanakan tidak lama lagi, tambahan pula ia telah berada di dalam perhatian Perkeso," katanya menjawab soalan tambahan Abdullah Sani Abdul Hamid (PKR-Kuala Langat) pada sidang Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Abdullah Sani mencadangkan supaya Perkeso mengeluarkan penyata tahunan kepada setiap pencarum seperti yang diamalkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Menjawab dakwaan pihak tertentu bahawa bayaran Perkeso adalah rendah, Maznah berkata, agensi itu membuat kajian berhubung faedah setiap lima tahun dan ia turut mengambil kira kos-kos kehidupan semasa. Pada tahun lalu, Perkeso telah membuat pelarasan kadar pencen kepada pencarum dari 0.6 peratus kepada 11.3 peratus.

''Perkeso sentiasa memastikan para pencarumnya mendapat faedah yang bermanfaat bagi menjalani kehidupan yang selesa walaupun ditimpa bencana," katanya.

Terdahulu, Abdullah Sani meminta kementerian tersebut menyatakan kesesuaian langkah- langkah dan peruntukan yang terdapat dalam Perkeso kerana peruntukan yang ada disifatkan terlalu lama dan tidak sesuai dengan kehendak semasa.

Menurut Maznah, Perkeso sentiasa meneliti dan mengkaji peruntukan yang ada dalam Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 supaya ia bersesuaian dengan keadaan semasa.

Jelasnya, Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 telah beberapa kali dipinda sejak tahun 1979 dan sehingga tahun 2010 sebanyak sembilan pindaan telah dibuat dan kali terakhir ialah pada tahun 2005.

"Pada awal tahun 2010 Perkeso telah menyemak semula peruntukan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dan lanjutan semakan itu mendapati semua cadangan termasuk meningkatkan umur persaraan dan penetapan gaji minimum sedang dalam penelitian," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.