VERSI : Mobile | Akhbar Digital
27 Ogos 2014 / 1 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
TERKINI

ARKIB : 13/10/2011

Rais Yatim lawat Awang Had Salleh

13/10/2011 6:17pm

KUALA LUMPUR 13 Okt. - Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr. Rais Yatim melawat Sasterawan Negara Profesor Emeritus Tan Sri Awang Had Salleh, yang dirawat kerana strok di Hospital Selayang dekat sini, hari ini.

Awang Had merupakan bekas pensyarah bahasa semasa Rais menuntut di Maktab Perguruan Bahasa Lembah Pantai dalam tahun 1960-an.

"Tan Sri Awang Had Salleh adalah pejuang bahasa kebangsaan, seorang komunikator yang sangat berkesan, pendidik di samping memperjuangkan pembelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Utara Malaysia serta Maktab Perguruan Bahasa di mana saya mengenali beliau sebagai seorang pensyarah yang sangat berkesan.

"Apabila mendengar beliau sakit strok, saya terharu dan ingin melihat keadaan sebenar. Kita juga terpanggil untuk mendoakan supaya beliau pulih dan memberi sokongan kuat kepada keluarga beliau,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Selayang.

Awang Had, 77, memulakan kerjayanya sebagai guru sekolah pada tahun 1950-an, dan kemudian sebagai tenaga pengajar pensyarah di Maktab Perguruan Bahasa Lembah Pantai sebelum menjadi pensyarah di Fakulti Pendidikan Universiti Malaya dan kemudian sebagai Dekan fakulti tersebut pada 1974.

Pada 1975, beliau dilantik sebagai Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UM selama tiga tahun dan kemudian sebagai Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia pada 1980 dan pada 1984 menjadi Naib Canselor pertama Universiti Utara Malaysia.

Pada Julai 2000, Awang Had dilantik sebagai Pro Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Selain terkenal dan aktif dalam bidang akademik, Awang Had juga banyak menghasilkan karya kreatif, termasuk buku, risalah dan kertas kerja mengenai bidang pendidikan, bahasa, dan budaya.

Antara karyanya ialah kumpulan cerpen Merah Kuning Biru dan novel Biru Warna serta skrip drama “Buat Menyapu Si Air Mata. “ — Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:18
Asar 4:29
Maghrib 7:23
Isyak 8:33


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.