VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 Ogos 2014 / 5 Syawal 1435  
  Carian Arkib
POLIS & TENTERA

ARKIB : 12/10/2011

Polis Westports berbakti di Pulau Indah


SERBA BOLEH... Anggota polis bantuan Westports melakukan rondaan malam di kawasan kampung.


PENDUDUK Pulau Indah di Klang Utara tahu pihak mana yang mereka harus hubungi jika berlaku kecemasan. Tidak kira bahaya yang dihadapi oleh mereka, panggilan kecemasan pasti sampai kepada Polis Pelabuhan Westports.

Diwujudkan di bawah Akta Polis 1994, tanggungjawab utama pasukan dengan 196 anggota itu - antara pasukan polis bantuan terbesar di negara - ialah menjamin segala aspek keselamatan di premis pelabuhan itu.

Bagaimanapun, unit ini juga membantu penduduk pulau sehinggakan ia terpaksa melayan panggilan kecemasan daripada penduduk di luar kawasan kawalan pasukan itu.

Bukan seperti unit polis bantuan lain, Polis Westports mengendalikan aliran trafik pada waktu puncak, memadamkan kebakaran, mengendalikan khidmat ambulans, menangani bahaya material berbahaya (hazmat), mengendalikan usaha menyelamat di bawah air, dan mengekalkan kedalaman dan keselamatan laluan air di pelabuhan.

Bebanan kerja tambahan ini sedikit pun tidak menjejaskan keberkesanan pasukan itu dalam memenuhi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dalam mencegah jenayah.

“Sejak ditubuhkan pada 1994, unit ini berjaya menyelesaikan antara 20 dan 25 kes jenayah indeks setiap tahun. Polis Westports mencatatkan kadar penyelesaian jenayah yang mengagumkan iaitu sebanyak 90 peratus pada 2010,” kata Ketua Polis Klang Selatan, ACP Mohamad Mat Yusop kepada Bernama.

Jenayah indeks adalah jenayah yang dilaporkan kerap berlaku dan ia digunakan oleh Polis Diraja Malaysia sebagai kayu pengukur dalam menentukan kadar jenayah negara. Jenayah indeks terbahagi kepada dua kategori: jenayah ganas dan jenayah harta.

Prestasi membanggakan ini menyebabkan polis Westports mengambil alih tugas menjaga segala aspek keselamatan di Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) daripada Polis Klang Selatan.

Ketua polis Selangor pada masa itu Tan Sri Ismail Omar (kini Ketua Polis Negara) sehinggakan meminta Ketua Polis, Bomba dan Penyelamat Westports T.Tamil Selvan untuk memberi taklimat kepada 22 ketua daerah polis di negeri itu tentang bagaimana penguatkuasaan undang-undang dapat dilakukan dengan cekap.

Polis Westports adalah satu pasukan yang unik kerana ia mempunyai kuasa untuk menyiasat; menangkap; menyoal-siasat; dan mendakwa pesalah bagi kesalahan yang dilakukan di Pulau Indah.

Para pegawai boleh mengumpul bukti dan membuat tangkapan walaupun mereka yang melakukan kesalahan melarikan diri jauh ke tempat lain.

Tiada unit polis bantuan yang lain dengan kuasa seluas ini.

Ia juga adalah satu-satunya pasukan polis pelabuhan yang dilengkapi sistem membuat laporan polis (PRS) ”online” yang menghubungkan pusat kawalan pasukan itu terus kepada ibu pejabat PDRM di Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Unit ini mengadakan taklimat serta seminar secara berjadual mengenai prosedur keselamatan pelabuhan, dan mengadakan latihan dalam mengumpul bukti; menyiasat, prosedur menangkap dan mendakwa; dan sehinggakan menjalankan sesi perbicaraan olok-olok di pusat latihannya di Pulau Indah.

Sesi-sesi pendedahan seperti ini turut disertai oleh anggota polis pelabuhan lain serta agensi lain pelabuhan.

Banyak kali anggota polis bantuan Westports membuktikan kelebihan serta dedikasi dalam menyediakan standard perkhidmatan yang terbaik.

Apa yang mengejutkan, menurut Ketua khidmat Korporat Westports, Mej (B) V.

Manisegara, kira-kira 90 peratus kakitangan Westports tidak pernah menjejakkan kaki di pelabuhan sebelumnya. Mereka belajar kerja mereka di Westports.

“Kakitangan baru disediakan dengan latihan menyeluruh sesuai dengan tugas mereka sebelum dibenarkan untuk melaporkan diri di tempat kerja masing-masing,” katanya.

Bersama pengalaman kerja lebih 25 tahun dengan PDRM, Ketua Unit, T. Tamil Selvan tidak asing dengan tugas penguatkuasaan undang-undang. Beliau menyelaraskan modul-modul latihan bagi lelaki dan wanita di bawah jagaannya.

Buat masa ini terdapat lapan anggota wanita dalam pasukan itu.

Para pengajar dari PDRM, bomba, dan angkatan tentera dijemput secara berjadual untuk menjalankan sesi latihan. Rekrut-rekrut juga dihantar menjalani latihan bersama PDRM dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang, di mana mereka menimba pengalaman bernilai dan meningkatkan keyakinan diri.

Muka-muka baru menjalani latihan dalaman selama empat setengah bulan di Pusat Latihan Polis Pelabuhan Wesports. Mereka kemudian melaporkan diri di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di Kuala Lumpur bagi program latihan intensif selama sembilan minggu diikuti penempatan selama dua minggu di pelbagai jabatan PDRM.

Rekrut-rekrut juga perlu menjalani dril lasak selama satu setengah bulan dalam melawan kebakaran; pengurusan hazmat; rawatan kecemasan; dan gerakan menyelamat di bangunan tinggi, ruang terhad, kapal, laut serta di dasar laut dengan latihan dikendalikan oleh anggota bomba, tentera laut dan pasukan SMART.

Westports adalah sebuah daripada anggota Inisiatif Keselamatan Kontainer Amerika Syarikat dan Inisiatif Pematuhan Pelabuhan Mega. Polis pelabuhan juga dilatih dalam teknik anti keganasan dan pengesanan radioaktif. Dalam mengiktiraf kemahiran ini, Perkhidmatan Siasatan Jenayah Tentera Laut Amerika Syarikat (NCIS) telah mengesahkan Westports sebagai sebuah ‘Pelabuhan Selamat’ untuk kapal perang Amerika Syarikat berlabuh.

Selain itu, Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat CBP) juga memperakui Westports sebagai mematuhi inisiatif Pakatan Kastam-Perdagangan Menentang Keganasan (C-TPAT) selepas audit bebas dilakukan oleh dua pegawainya.

Ini bermakna langkah-langkah keselamatan di Westports memenuhi keperluan kerajaan Amerika Syarikat. Ia adalah pelabuhan keempat dalam Hutchinson Port Holdings (HPH) dengan lebih 50 pelabuhan dalam kumpulan itu yang telah diaudit di bawah program C-TPAT.

Para pegawai CBP begitu kagum dengan langkah-langkah keselamatan yang telah diambil dan mencatatkan dalam laporan mereka sembilan Amalan Terbaik yang mereka saksikan di Westports. — BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:22
Asar 4:43
Maghrib 7:30
Isyak 8:42

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.