VERSI : Mobile | Akhbar Digital
18 April 2014 / 18 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 09/10/2011

266 terima pingat kebesaran Melaka


MOHD. Ali Rustam mengucapkan tahniah kepada Ohman Mohamad (kiri) yang menerima pingat DMSM yang membawa gelaran Datuk pada majlis penganugerahan sempena Hari Kelahiran Tun Mohd. Khalil Yaakob ke-73 di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka, semalam.


MELAKA 8 Okt. - Seramai 266 orang menerima darjah, tauliah, bintang dan pingat kebesaran sempena majlis penganugerahan sempena Hari Kelahiran Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob yang ke-73 bagi sesi pertama hari ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor mengetuai senarai penerima apabila dianugerahkan Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Dua lagi menteri Kabinet yang turut dianugerahkan DGSM ialah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung dan Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam.

Turut menerima pingat masing-masing hari ini ialah tujuh daripada 14 penerima Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) yang membawa gelaran Datuk Wira dan 11 daripada 25 penerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk.

Turut menerima DMSM ialah Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Othman Mohamad dan Timbalan Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Zulkifli Salleh.

Selain itu, seramai 24 orang yang menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang turut mendapat gelaran Datuk, 10 Darjah Seri Melaka (DSM), 14 Jaksa Pendamai (JP) dan 24 Bintang Cemerlang Melaka (BCM) turut menerima anugerah masing-masing.

Sementara itu, jurukamera BernamaTV, Allahyarham Noramfaizul Mohd. Nor yang terkorban ketika membuat liputan di Somalia pada 2 September lalu menjadi penerima pertama pingat Bintang Gagah Perwira (BGP) sejak ia mula diperkenalkan pada 1978.

Pingat tersebut diterima oleh isteri beliau, Norazrina Jaafar.

Turut menerima penganugerahan ialah 38 Bintang Khidmat Terpuji (BKT), 79 Pingat Jaksa Kebaktian (PJK), 60 Pingat Bakti Masyarakat (PBM) serta lapan penerima Pingat Khidmat Lama (PKL).

Majlis penganugerahan darjah dan bintang kebesaran itu disampaikan oleh Mohd. Khalil pada istiadat di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini.

Turut hadir, isteri beliau Toh Puan Zurina Kassim; Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan isteri Datin Seri Asmah Abdul Rahman.

Esok seramai 431 orang lagi akan menerima darjah, bintang dan pingat kebesaran masing-masing pada sesi kedua majlis penganugerahan tersebut.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh
Zohor
Asar
Maghrib
Isyak
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.