ARKIB : 06/10/2011
Kompleks Haji Alor Setar bakal siap menjelang 2013
ALOR SETAR 6 Okt. — Kompleks Haji Alor Setar bukan sahaja akan meningkatkan lagi perkhidmatan kepada para bakal jemaah, malah bakal menjadi bisnes strategik Lembaga Tabung Haji (TH) selepas pembinaanya siap sepenuhnya menjelang 2013.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kompleks bernilai RM86 juta itu terletak di lokasi sangat strategik iaitu lebih kurang satu kilometer (km) dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas dekat sini dan 10 km daripada bandar raya Alor Setar.
"Kompleks yang menyediakan kemudahan hotel bertaraf empat bintang dengan kadar bayaran tiga bintang ini akan dapat menjana pendapatan untuk Tabung Haji melalui sektor pelancongan dan hospitaliti.
"Kompleks ini akan menjadi persinggahan yang strategik dan perkhidmatan pengurusan jemaah haji di zon utara khususnya Kedah dan Perlis juga akan menjadi lebih teratur,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis pecah tanah projek kompleks tersebut hari ini yang disempurnakan oleh Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah. — Bernama
Isu YDP MAINPP: UMNO Pulau Pinang kesal
Bekas Speaker DUN Perlis meninggal dunia
ASEAN digesa tingkat usaha hapus keganasan
Naza lancar ruang pameran Ducati terbesar di Asia
Tambang haji kekal RM9,980, quota 28,000
Pemuda UMNO bantu lunas cukai rumah P. Ramlee
Najib umum 42 peluang perniagaan inovatif
Kes Anwar saman Chandra dibicarakan 10 Sept.
Penyenaraian Felda Global Ventures diluluskan
Polis tumpaskan sindiket penipuan Macau Scam
Rakyat Malaysia seludup ubat batuk dihukum penjara
PTPTN: Jangan jadi kuda tunggangan pembangkang
Liga Juara-juara: Chelsea tundukkan Barcelona 1-0
Suu Kyi rancang kunjung Britain, Norway pada Jun
Buru gajah di Afrika: Raja Sepanyol mohon maaf
Kes amukan di Oslo: Suspek tak takut dihukum
Misi NATO di Afghanistan kekal hingga 2014
Penularan H5N1: China musnah 95,000 ekor ayam
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









