VERSI : Mobile | Akhbar Digital
25 Julai 2014 / 27 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
BICARA AGAMA

ARKIB : 06/10/2011

TD johan keseluruhan tilawah ATM


Para peserta bersama Dr. Ahmad Zahid Hamidi (lima dari kiri) selepas majlis penyampaian hadiah Majlis Tilawah ATM ke-62 di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur, baru-baru ini.


PERDANA Menteri Britain pada abad ke 18, William Gladstone pernah berkata: "Selagi kaum Muslimin masih memegang al-Quran di tangan mereka, maka Eropah tidak akan mampu mengembangkan kekuasaannya di negeri-negeri Timur."

Hujah yang penuh makna tersirat itu menunjukkan betapa kentalnya semangat orang barat untuk menguasai negara timur yang dimiliki oleh majoriti umat Islam.

Pengakuan itu juga membuktikan bahawa kehebatan dan keagungan al-Quran sebagai pelindung bagi umat Islam yang benar-benar menghayati serta mengamalkan ayat suci kalamullah.

Al-Quran merupakan wahyu yang juga mukjizat teragung yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad SAW secara berperingkat-peringkat. Ia dijadikan sebagai pegangan dan petunjuk hidup umat manusia ke jalan kebenaran.

Firman Allah yang bermaksud: Diturunkan kitab (al-Quran) ini tidak ada keraguan pada isinya dan menjadi petunjuk bagi orang yang bertakwa. (al-Baqarah: 2)

Sifat al-Quran yang menyeluruh sekali gus menyempurnakan segala kitab yang diturunkan oleh Allah kepada rasul yang sebelumnya iaitu Taurat kepada Nabi Musa, Zabur kepada Nabi Daud dan Injil kepada Nabi Isa.

Keistimewaan dan keajaiban al-Quran tidak dapat diukur dengan logik akal fikiran. Oleh itu, penghayatan al-Quran amat penting kepada setiap muslim bagi membawa hidup ke arah yang lebih syumul (sempurna).

Tidak ketinggalan mengambil peluang memartabatkan al-Quran adalah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang sekali lagi menganjurkan Majlis Tilawah Al-Quran peringkat ATM kali ke-62 di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Program yang menghimpunkan peserta daripada ketiga-tiga perkhidmatan iaitu tentera darat, laut dan udara itu menyaksikan sembilan peserta bersaing.

Mereka adalah johan di peringkat jabatan masing-masing.

Antara kategori yang dipertandingkan adalah kategori pegawai, qari dan qariah.

Pertandingan diadili oleh 10 hakim dalam empat aspek utama iaitu suara, tarannum, fasahah dan juga tajwid.

Antara barisan hakim adalah Tan Sri Hassan Azhari, Datuk Mohamad Hasri (bekas johan qari kebangsaan) dan Ehsan Husni al-hafiz dari Masjid Negara.

Tuah menyebelahi wakil tentera darat, Koperal Muhamad Hasan Basri Ahmad dan Kapten Salha Shakila Alang Hashim apabila diumumkan johan qari dan qariah peringkat ATM tahun 2011.

Johan kategori pegawai pula ialah Kapten Aziizur Rahman Abdul Aziz yang mewakili tentera udara.

Sementara itu, Muhamad Hasan ketika ditemui bersyukur kerana berjaya menjadi johan walaupun tanpa persediaan rapi.

"Sejak sekolah menengah saya mula menceburi bidang tilawah. Ibu saya yang juga bekas qariah Pahang, Allahyarhamah Halimah Imam Mat Akhil yang banyak memberi tunjuk ajar serta bimbingan dalam bertarannum.

"Namun, untuk pertandingan kali ini, saya hanya membuat persediaan dengan meniru gaya bacaan serta alunan lagu daripada qari tempatan dan antarabangsa yang terkenal," katanya.

Beliau telah lima kali menyertai tilawah peringkat ATM yang membaca surah al-A'raf mulai ayat ke 44 memperoleh markah 80.5 peratus.

Rezeki kehamilan

Sementara itu, Salha Shakila berkata, kejayaan itu dianggap rezeki dan tuah berbadan dua sehingga dinobatkan sebagai johan qariah dengan markah tertinggi iaitu 84.5 peratus.

"Cabaran utama adalah gangguan pernafasan kerana kehamilan membuatkan saya cepat letih dan nafas kurang panjang. Ia menyukarkan untuk mengekalkan kelantangan suara ketika bertarannum.

"Bagaimanapun, rezeki Allah, dalam keadaan ini membuatkan saya lebih bertenaga dan berlatih dengan bersungguh-sungguh," katanya.

Johan qari dan qariah membawa pulang hadiah iaitu pakej menunaikan haji, piala, wang tunai RM5,000, al-Quran digital dan sijil penyertaan. Hadiah-hadiah disampaikan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Turut hadir, Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin dan Panglima Tentera Udara, Tan Sri Rodzali Daud.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.