VERSI : Mobile | Akhbar Digital
3 September 2014 / 8 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
FORUM

ARKIB : 05/10/2011

Teliti semula bayaran pencen bulanan pesara

PENJAWAT awam di Malaysia bertuah kerana kerajaan amat prihatin akan kebajikan dan masa depan mereka. Antaranya kerajaan telah bersetuju pesara yang memilih skim KWSP menerima rawatan percuma di hospital kerajaan dan bayaran penuh ganjaran kepada pesara pilihan sendiri. Pastinya dalam Bajet 2012 Jumaat ini ada lagi pengumuman penting oleh Perdana Menteri untuk para penjawat awam.

Namun masih ada perkara yang perlu diteliti semula iaitu bayaran pencen bulanan kepada pesara pilihan sendiri lantikan selepas 12 April 1991.

Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil.6 Tahun 2008, pegawai awam lantikan selepas 12 April 1991 yang memilih opsyen bersara wajib pada usia 58 tahun, sekiranya bersara pilihan sendiri mereka tidak akan menerima pencen bulanan sehingga mencapai umur 58 tahun.

Contohnya jika pegawai bersara pilihan sendiri pada umur 50 tahun, beliau akan hanya dibayar pencen bulanan pada usia 58 tahun. Ini bermakna pegawai tersebut terpaksa menunggu lapan tahun untuk menerima pencen bulanan.

Sebenarnya sebahagian besar pegawai awam yang memilih opsyen bersara wajib umur 58 tahun tidak memahami dan menyedari implikasi opsyen tersebut. Justeru, ramai antara mereka yang bercadang untuk bersara pilihan terpaksa membatalkan niat kerana terikat dengan syarat tersebut.

Tidak semua mereka yang bersara pilihan mempunyai pekerjaan lain seperti perniagaan atau pertanian sebaliknya hanya mengharapkan wang pencen bulanan. Mereka memilih bersara awal mungkin kerana masalah kesihatan, keluarga dan lain-lain.

Kesannya adalah mutu kerja, produktiviti, semangat serta keikhlasan bekerja golongan ini agak menurun. Secara umumnya kakitangan yang berusia 50 tahun ke atas agak mendatar produktiviti mereka dan berada dalam 'mood pencen', terutamanya bagi kumpulan sokongan yang merupakan kumpulan pelaksana.

Keadaan mungkin berbeza bagi kumpulan pengurusan dan profesional dan pengurusan tertinggi yang mana lebih lama berkhidmat lebih banyak peluang naik pangkat serta lagi tinggi jawatan lagi banyak kemudahan diperolehi.

Sebenarnya tidak produktif bagi kerajaan mempunyai kakitangan yang sudah kurang berminat untuk bekerja. Adalah lebih baik diambil kakitangan baharu yang muda, bersemangat, mudah dibentuk dan mempunyai komitmen tinggi terhadap kerja.

Adalah diharapkan dan sudah sampai masanya kerajaan meneliti semula perkara ini, agar pesara pilihan sendiri dibayar pencen bulanan pada usia 50 tahun seiring dengan program tranformasi kerajaan (GTP) dan demi kebaikan penjawat awam keseluruhannya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:16
Asar 4:22
Maghrib 7:20
Isyak 8:29


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.