VERSI : Mobile | Akhbar Digital
18 September 2014 / 23 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 05/10/2011

10,000 serbu Karnival Kerjaya SPA


ORANG ramai melihat papan tanda menyenaraikan peluang pekerjaan pada Karnival Kerjaya SPA di Kuantan, semalam.


KUANTAN 4 Okt. - Kira-kira 10,000 pengunjung hadir pada Karnival Kerjaya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang diadakan selama dua hari bermula semalam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah (SASICC) di sini.

Karnival dari pukul 9 pagi hingga 5 petang itu dianjurkan sempena Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Ke-14 bermula semalam dan akan berakhir Khamis ini.

Pegawai Perhubungan Awam SPA, Radziah Mohd. Sharif berkata, sebanyak 21 gerai pameran sektor awam dibuka antaranya oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Pertahanan dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

"Kesemua sektor awam yang terlibat akan menawarkan lantikan pekerjaan menerusi SPA kecuali PDRM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) dan SPA Pahang menerusi lantikan sendiri.

"Terdapat dua kaunter permohonan pekerjaan secara atas talian disediakan iaitu SPA8i yang merupakan permohonan melalui SPA dan kaunter Job Malaysia yang merupakan permohonan menerusi Jabatan Tenaga Kerja (JTK)," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di tapak karnival itu di sini, hari ini.

Radziah berkata, selain menyediakan peluang pekerjaan, pihak penganjur turut menjemput pelajar, penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) untuk mendengar taklimat kerjaya oleh SPA, SPP, PDRM dan ATM.

Dalam pada itu, beliau berkata, Pahang merupakan negeri kedua yang dipilih SPA untuk penganjuran karnival kerjaya pada tahun ini selepas Perlis pada April lalu.

"Untuk tahun ini, hanya Perlis dan Pahang dipilih SPA untuk penganjuran karnival kerjaya di luar Putrajaya," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:10
Asar 4:13
Maghrib 7:13
Isyak 8:22



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.