VERSI : Mobile | Akhbar Digital
22 September 2014 / 27 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
TERKINI

ARKIB : 04/10/2011

Status Gunung Berapi Anak Krakatau naik ke tahap siaga

04/10/2011 4:08pm

JAKARTA 4 Okt. - Peningkatan drastik aktiviti gempa volkanik Gunung Anak Krakatau di perairan Selat Sunda, memaksa pihak berkuasa meningkatkan status amaran gunung berapi itu ke tahap siaga bagi menghadapi kemungkinan berlaku letusan.

Semua pihak diminta tidak menghampiri gunung berapi itu pada radius dua kilometer, namun aktiviti masih dibenarkan dijalankan seperti biasa di luar radius itu.

Anak Krakatau terletak di perairan Selat Sunda, 40 km dari pesisir pantai Lampung di Pulau Sumatera dan pantai Anyer-Carita di Pulau Jawa.

Media tempatan memetik Ketua Pusat Volkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi Surono sebagai berkata, alat seismograf merekodkan aktiviti gempa volkanik antara 6,000 dan 7,000 kali sehari semalam.

Sebelum ini ia hanya merekodkan aktiviti gempa antara 100 dan 300 kali sehari, kata Surono kepada Indopos seperti yang dipetik portal berita Jawa Pos National Network. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.