VERSI : Mobile | Akhbar Digital
20 September 2014 / 25 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
RENCANA

ARKIB : 04/10/2011

Harapan pada Belanjawan 2012

ANTARA agenda besar negara pada Oktober ini ialah pembentangan Belanjawan 2012. Setiap bajet mempunyai jangkaan pendapatan dan perbelanjaan. Pendapatan bagi sesebuah negara biasanya datang daripada hasil kutipan cukai. Perbelanjaan pula boleh dibahagikan kepada dua, perbelanjaan operasi dan perbelanjaan pembangunan.

Antara perkara penting untuk diberi perhatian bagi kelangsungan pertumbuhan ekonomi negara, kerajaan perlu menilai kembali kedudukan perbelanjaan operasi dan pembangunan negara. Kedudukan perbelanjaan operasi negara mutakhir ini amat besar berbanding perbelanjaan pembangunan.

Bagi Belanjawan 2010 misalnya, 75% daripada jumlah bajet adalah untuk perbelanjaan operasi. Selaku sebuah negara yang masih berstatus negara membangun, keutamaan atas perbelenjaan pembangunan masih penting.

Untuk kekal kompetitif, pembangunan dari aspek meningkatkan kapasiti modal negara adalah mustahak. Perangka polisi perlu mengenal pasti agihan perbelanjaan pembangunan yang strategik buat negara.

Perhatian untuk mengurangkan defisit negara juga penting. Meskipun kadar defisit negara sebanyak 5.4% dari jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada bajet lepas adalah terkawal, namun kedudukan defisit yang telah berlarutan lebih sedekad tidak boleh dibiarkan.

Disebabkan para pelabur kini begitu sensitif dengan kedudukan defisit dan hutang banyak negara, sentimen ini begitu sensitif dalam keputusan pelaburan mereka.

Sentimen ini boleh menggugat keyakinan pelabur jika krisis kewangan melanda. Jika kerajaan bertindak awal menyelaraskan kembali defisit ini, Malaysia akan mempunyai kelebihan dari banyak negara dalam asas makroekonominya.

Juga penting dalam bajet kali ini ialah keinginan rakyat untuk melihat taraf kehidupan yang lebih sejahtera diberi keutamaan. Dari sudut ekonomi, ramai yang berharap agar kuasa beli rakyat Malaysia diperkukuh. Justeru, tekanan inflasi perlu dikawal.

Pengenalan gaji minimum yang lebih sistematik dan pelarasan gaji mengikut kadar inflasi berserta peningkatan produktiviti adalah langkah bersepadu yang boleh digerakkan.

Inflasi juga dapat dikawal dengan memastikan kos pengeluaran yang kompetitif. Untuk mencapai objektif ini, langkah lebih serius perlu diambil bagi mencegah ketirisan dalam perbelanjaan negara.

Kempen rasuah sifar juga boleh dilaksanakan untuk mengurangkan kos pengeluaran di Malaysia. Jika amalan tidak sihat ini dapat dibanteras, kos pengeluaran yang lebih rendah dapat dicapai dan harga barang dan perkhidmatan akan lebih rendah.

Rakyat juga mengharapkan kehidupan aman damai dan harmoni (masyarakat penyayang). Tiada erti besar jika KDNK tinggi tetapi rakyat tidak rasa selamat.

Peranan klasik kerajaan dalam memastikan undang-undang dipatuhi perlu diberi perhatian. Intergriti agensi kerajaan juga perlu dipertingkatkan.

Juga kita mengharapkan bajet kaliini akan membuka lembaran baru dalam membina model ekonomi hijau buat Malaysia. Bukan sahaja polisi industri yang mesra alam perlu diperkemas, langkah pemuliharaan dan pemeliharaan sumber semula jadi negara perlu dirangka.

Kita tidak mahu alam semula jadi kita rakus diperosak tanpa melihat kepada nilai keasliannya yang tidak ternilai.

Juga diharapkan, bajet kemasyarakatan ke arah membina sahsiah insan yang mempunyai nilai sivik tinggi, bekerjasama dan bersikap keusahawanan akan dibentangkan. Nilai-nilai ini akan menjadikan ekonomi Malaysia lebih dinamik.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:10
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.