VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 Ogos 2014 / 28 Syawal 1435  
  Carian Arkib
TERKINI

ARKIB : 03/10/2011

Kabinet lulus Dasar Agro Makanan Negara 2011-2020

03/10/2011 9:56pm

KUALA LUMPUR 3 Okt. Dasar Agro Makanan Negara bagi tempoh 10 tahun bermula tahun ini hingga 2020 diluluskan Kabinet Rabu lepas, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.

Beliau berkata, antara lain dasar itu yang menggantikan Dasar Pertanian Negara, akan menumpukan kepada bekalan makanan negara yang bukan saja mencukupi tetapi juga selamat dimakan.

Dasar ini juga bertujuan meningkatkan pendapatan golongan petani dan usahawan tani selaras dengan rancangan kerajaan untuk menjadi negara berpendapatan tinggi pada 2020, katanya, kepada pemberita di bangunan Parlimen, di sini hari ini.

Noh berkata, dasar itu juga akan dijadikan panduan oleh sektor swasta dalam menjadikan industri agro makanan sebagai industri yang berdaya saing dan mampan.

Katanya, industri agro makanan diunjur berkembang pada kadar 4.7 peratus setahun menjelang tahun 2020 dengan nilai ditambah meningkat kepada RM29.8 bilion.

"Nilai ditambah untuk industri asas tani dijangka meningkat daripada RM12.7 bilion pada tahun 2010 kepada RM20.8 bilion pada tahun 2020.

"Eksport industri agro makanan dan asas tani pula diunjur meningkat daripada RM27 bilion pada 2010 kepada RM36.5 bilion pada tahun 2020, katanya. Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:18
Asar 4:31
Maghrib 7:24
Isyak 8:34

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.