VERSI : Mobile | Akhbar Digital
19 April 2014 / 19 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
TERKINI

ARKIB : 30/09/2011

Pelajar warga Sudan dihukum gantung sampai mati

30/09/2011 4:43pm

SHAH ALAM 30 Sept. - Bekas pelajar kolej warganegara Sudan, Mohannad Taha Ismail dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah atas tuduhan membunuh anak teman wanitanya, Aaliyah Ayman Hussin Abdullah, 3, dua tahun lalu.

Hakim Datuk Abdul Alim Abdullah memerintahkan demikian selepas berpuas hati bahawa pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap pertuduhan itu.

Mohannad Taha, 26, didakwa membunuh Aaliyah di rumah No. 9/D3/9, Palazzo Tower, Venice Hill Condominium, Batu 9, Cheras, Hulu Langat dekat sini antara pukul 7.30 dan 8.30 malam, 12 Oktober 2009.

Kanak-kanak malang itu disahkan meninggal dunia akibat gegeran pada otak serta 34 kecederaan pada seluruh badan. - Utusan

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.