VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 Oktober 2014 / 7 Zulhijjah 1435  
  Carian Arkib
KOTA

ARKIB : 26/09/2011

Rumah Empat Musim dibuka semula


Rumah Empat Musim di Taman Botani Negara, Shah Alam kini mula menerima tetamu selepas kerja menyenggara dan menaik taraf premis itu selesai baru-baru ini.


SHAH ALAM 25 Sept. - Pengunjung Taman Botani Negara Shah Alam, Bukit Cerakah di sini berpeluang untuk merasai semula suasana iklim empat musim apabila kemudahan itu dibuka semula baru-baru ini setelah ditutup kepada orang ramai sejak tiga bulan lalu.

Pembukaan semula Rumah Iklim Empat Musim itu dilakukan setelah pihak pengurusan Taman Botani Negara Shah Alam selesai menjalankan kerja-kerja penyenggaraan terhadap kemudahan itu yang merupakan salah satu daripada tarikan pengunjung ke taman alam semula jadi itu.

Pengurus Taman Botani Negara Shah Alam, Mohamad Gaddafi Denis berkata, kerja-kerja menaik taraf dan penyenggaraan rumah iklim dilakukan oleh pihaknya pada Julai hingga awal September lalu, membabitkan kerja pembaikan semula bangunan, pengudaraan dan suhu di kemudahan itu yang sebelum ini telah beroperasi tanpa henti sejak 20 tahun lalu.

Bagaimanapun, katanya, kerja menaik taraf dan penyenggaraan yang dilakukan tidak membabitkan perubahan terhadap kira-kira 68 spesies pokok di dalamnya yang mana ia masih dikekalkan sejak ditanam pada tahun 1991 kecuali spesies bunga yang ditukar setiap kali selepas musim sejuk.

"Rumah Iklim Empat Musim ini telah beroperasi tanpa henti setiap hari selama 20 tahun ia dibuka kepada orang ramai. Bagaimanapun, kami tutup sementara dalam tiga bulan untuk menaik taraf persekitaran kemudahan serta penyenggaraan mesin.

"Kerja-kerja menaiktaraf ini memakan kos sebanyak RM500,000. Namun, kerja-kerja dilakukan dengan teliti agar tidak menjejaskan pokok sedia kerana sebarang perubahan terhadap suhu atau persekitaran boleh menganggu kitaran hidup tumbuhan berkenaan," katanya.

Tambah Mohamad Gaddafi, antara spesies pokok empat musim di kemudahan itu datangnya dari benua Asia Timur, Eropah dan Amerika seperti sakura, maple, peach , epal, ginko, magnolia serta pokok-pokok bunga seperti daisi, kekwa dan sebagainya.

Orang ramai yang mahu mengunjungi Rumah Iklim Empat Musim boleh hadir bila-bila masa bermula pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang kerana kemudahan itu dibuka setiap hari kecuali pada hari Isnin.

Bayaran sebanyak RM3 dikenakan bagi orang dewasa dan RM1 bagi kanak-kanak dan kadar itu adalah jauh lebih rendah daripada mana-mana taman iklim yang ada di negara ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:05
Asar 4:16
Maghrib 7:07
Isyak 8:16


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.