VERSI : Mobile | Akhbar Digital
26 Julai 2014 / 28 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 23/09/2011

UKSB lancar edisi ketiga cerita pengajaran dari Mekah


Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin (kanan) bersama Badrul Azhar Abd. Rahman meneliti muka depan buku pilihan terbaik Kisah Aneh dan Iktibar dari Mekah di Bangi, semalam.


BANGI 22 Sept. - Utusan Karya Sdn. Bhd., (UKSB) hari ini melancarkan buku berjudul Pilihan Terbaik Kisah Aneh dan Iktibar Dari Mekah yang mengandungi cerita pengajaran dari tanah suci.

Buku mengumpulkan 34 cerita itu memaparkan pelbagai kisah yang memberi pengajaran, peristiwa aneh dan menginsafkan yang dialami para jemaah semasa mereka menunaikan umrah dan haji.

Pengarang Kanan Unit Majalah Umum UKSB, Zulkarnain Zakaria berkata, penerbitan buku tersebut antaranya bertujuan mengajak pembaca ke arah kebaikan.

"Sebelum ini, dua edisi telah diterbitkan iaitu berjudul Koleksi Cerita Terbaik Dari Mekah pada 2009 dan Indahnya Hidayah di Bumi Baitullah pada 2010.

"Berikutan maklum balas positif yang diterima masyarakat menjadi faktor utama untuk pihak UKSB menerbitkan buku ini untuk edisi ketiga dengan judul Pilihan Terbaik Kisah Aneh dan Iktibar Dari Mekah," katanya pada Majlis Sambutan Hari Raya dan pelancaran buku tersebut di Kompleks Sri Utusan dekat sini.

Buku tersebut dilancarkan oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin.

Hadir sama Pengarah Eksekutif Kumpulan Utusan, Datuk Nasir Ali dan Ketua Pengarang Majalah UKSB, Badrul Azhar Abd. Rahman.

Menariknya edisi kali ini turut mengumpulkan kisah pengalaman beberapa artis dan tokoh agama terkenal.

"Antaranya Irma Hasmie, Wardina Saffiyah, Ahmad Fedtri Yahya dan Ashraf Muslim.

"Tokoh agama terkenal yang turut menampilkan kisah-kisah aneh ialah Datuk Dr. Haron Din, pakar urusan haji dan umrah; Daud Che Ngah dan beberapa tokoh agama lain seperti Datuk Dr. Fatma Az-Zahraa Mohd. Ramadan," ujarnya.

Tambah Zulkarnain, buku setebal 228 halaman itu telah pun dipasarkan di kedai-kedai buku dan majalah sejak Isnin lalu.

"Memandangkan buku untuk dua edisi sebelum ini sudah habis di pasaran, UKSB akan menerbitkannya pula dalam bentuk e-book pada hujung Oktober ini.

"Usaha tersebut sedang giat dijalankan. E-book itu akan diterbitkan dalam bahasa Melayu dan Inggeris," katanya.

Menurutnya lagi, buku-buku tersebut diilhamkan melalui ruangan yang diperkenalkan oleh majalah Mastika mulai November 1996 dan kisah-kisah yang dipaparkan diceritakan sendiri oleh jemaah serta ketua rombongan umrah kepada majalah itu.

"Sejak diperkenalkan buat kali pertama, kolum Cerita Dari Mekah menjadi salah satu ruangan yang paling diminati pembaca Mastika.

"Oleh itu, kedua-dua edisi telah disiarkan bagi memenuhi permintaan pembaca dan kini kita terbitkan pula untuk edisi yang ketiga," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.