VERSI : Mobile | Akhbar Digital
21 April 2014 / 21 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 14/09/2011

Warga kita paling ramai nikah di Thai

NARATHIWAT, Selatan Thailand 13 Sept. – Rakyat Malaysia merupakan warga asing paling ramai berkahwin di daerah ini, kata Pendaftar Nikah Kahwin Narathiwat Bahagian Luar Negeri, Ishak Mohamad.

Katanya, secara purata enam pasangan warga asing bernikah sehari di daerah ini termasuk dari Malaysia, Vietnam, Kemboja, Iran, Amerika Syarikat dan Asia Barat.

“Pasangan Malaysia banyak sikit,” katanya di sini ketika memberikan taklimat kepada sekumpulan 34 ahli rombongan dari Kelantan yang terdiri daripada pemimpin agama, pentadbir institusi pendidikan dan wartawan yang melakukan kunjungan ke Thailand, bermula semalam.

Lawatan seminggu itu atas jemputan Konsulat Jeneral Diraja Thailand di Kota Bharu dalam usaha mengukuhkan hubungan masyarakat Islam di Thailand, terutama di wilayah selatan dengan Malaysia.

Kunjungan itu turut disertai oleh Konsul Jeneral, Surapon Petch-Vra.

Dalam lawatan itu, rombongan turut diberi taklimat oleh Timbalan Gabenor Narathiwat, Dejrat Simsiri mengenai keadaan semasa di wilayah ini.

Ishak berkata, Majlis Agama Islam Narathiwat akan sentiasa memastikan pasangan warga asing yang berkahwin di sini, terutama dari Malaysia mematuhi peraturan, termasuk menetapkan setiap pasangan mendapatkan sendiri borang nikah khas tanpa melalui pihak ketiga.

Beliau juga menafikan wujud sindiket nikah kahwin membabitkan warga asing di wilayah ini, termasuk dalam pengeluaran sijil nikah palsu.

“Sijil nikah dikeluarkan di pejabat, imam ada borang sahaja (borang permohonan kahwin). Masalah berlaku kekeliruan kerana terdapat lebih 600 imam di sini dan tidak semua ada tauliah (termasuk untuk menjadi wali),” jelasnya.

Mengenai perkahwinan pasangan bawah umur, beliau berkata, ia tertakluk di bawah Enakmen Keluarga Islam 2002 Thailand dan pihaknya sama sekali tidak menikahkan pasangan bawah umur dari Malaysia.

“Proses perkahwinan ikut prosedur, kita akur undang-undang di Malaysia. Kita tidak nikahkan pasangan bawah umur dari Malaysia, haram nikahkan rakyat Malaysia (bawah umur). Itu kita pegang sejak tahun 1992,” katanya. – Utusan

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.